FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU
Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru(FPG)
Menurut Choong Lean Keow
didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan
Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara
kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah “guru yang berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin”.
Berdasarkan huraian FPG
di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita
dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi
mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Analisis Falsafah Pendidikan Guru
Untuk menganalisis FPG, perlu kepada dua
perspektif iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung.
Antara yang terdapat di dalam cabang falsafah adalah metafizik, epistemologi,
aksiolgi dan logik.
Cabang Falsafah
|
Ciri-ciri FPG
|
Analisis
|
Metafizik
|
Menjamin
perkembangan individu,
Memelihara
masyarakat yang bersatu padu, demokratik , progresif dan berdisiplin.
|
§ Peranan guru sebagai agen
perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik – realiti bidang pendidikan
|
Epistemologi
|
Berpandangan
progresif dan saintifik
|
§ Ilmu sentiasa berkembang
lanjut penemuan baru dan inovasi
§ Tanggungjawab guru untuk
memperoleh ilmu baru agar tidak ketinggalan zaman
|
Asikologi
|
Berpekerti
mulia,
Menunjukkan
aspirasi negara,
Menyanjung
warisan kebudayaan negara
|
§ Guru sebagai rol model dan
teladan yang baik- bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.
|
Logik
|
Berpandangan
progresif dan saintifik
|
§ Amalan penaakulan logik dalam
menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran,
§ Peningkatan diri secara
profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti
|
Bagi analisis untuk elemen-elemen yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidkan Guru(FPG) pula adalah:
Elemen-elemen FPG
|
Analisis
|
Bepekerti
mulia
|
§ Sahsiah guru yang baik-
berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.
|
Berpandangan
progresif dan saintifik
|
§ Berkembang mengikut peredaran
zaman yang kini memberipenekanan kepada sains dan teknologi,
§ Berusaha agar tidak
ketinggalan dari segi profesional
|
Bersedia
menjunjung aspirasi negara
|
§ Menghayati aspirasi negara
yang dihasratkan
§ Berusaha agar dapat menyumbang
secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.
|
Serta
menyanjung warisan kebudayaan negara
|
§ Menghayati warisan kebudayaan
negara yang unik,
§ Memupuk sifat bangga terhadap
kepelbagaian budaya dalam kalangan murid,
§ Menyemai sifat patriotisme dan
cintakan negara
|
Menjamin
perkembangan individu
|
§ Peranan guru dari segi
perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek)
|
Memelihara
suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
|
§ Tanggungjawab guru sebagai
ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara
§ Berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan
|
Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan
Negara
Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap
Sistem Pendidikan Negara. Pertama, memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG
menghuraikan ciri-ciri guru yg diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan
Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid,
ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu,
kemahiran dan nilai yang berkesan.
Kedua, guru disifatkan sebagai rol model
dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai
sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Jikalau
anak meniru tingkahlaku bapa mereka di rumah, murid akan meniru tingkahlaku
guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi
tingkahlaku empat puluh orang murid(secara purata) yang diajar.
Sebagai rumusan, maka ternyata peranan
utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kengsaan. Justeru amat penting untuk kita berganding bahu dalam hal
tersebut demi kepentingan negara amnya dan generasi muda khasnya.
🤗🤗🤗
ReplyDelete