PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut.
Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.
Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.
Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.
Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan.
Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .
Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.
Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.
Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendrian.
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.
Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.
Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).
Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.
0 comments:
Post a Comment