REKA
BENTUK PENGAJARAN (RP)
Tanpa perancangan
yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan
dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh
menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi perkara asas berikut:
(a) menentukan
keperluan pelajar;
(b) menentukan
matlamat dan objektif;
(c) membina prosedur
penilaian;
(d) mereka bentuk dan
memilih strategi penyampaian;
(e) mencuba sistem
pengajaran; dan
(f) menilai
keseluruhan sistem.
PERANAN
DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina
disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
0 comments:
Post a Comment