FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbazaan yang
dapat dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri.
Perbezaan pembentukan konsep kendir kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai
faktor seperti faktor model. Model ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak
tersebut seperti ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa daripada pelbagai
aspek dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat bimbingan
yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri negatif dapat dibentuk
dalam diri mereka. Jika model mereka bersifat negatif, maka kanak-kanak
tersebut juga akan mengikut segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model
mereka. Justeru, amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang betul
dan sempurna supaya konsep kendiri positi dapat dibentuk dalam diri mereka.
Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi
masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam
pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam
pembentukan konsep kendiri kerana kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam
masyarakat. Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di
dalam diri kanak-kanak tersebut. Budaya lain seperti hedonisme juga merupakan
faktor yang membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Media massa juga
memainkan peranan yang penting. Pada peringkat ini, media massa merupakan satu
agen penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen.
Justeru, media massa perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri
positif dapat dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran
yang berfaedah dan dapat menjana perkambangan minda kanak-kanak.
Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap diri
sendiri juga merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka yang diwarisi
oleh ibu bapa akan membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu,
bukan sahaja rupa paras sahaja yang akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi
perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga akan mempengaruhi oleh
kanak-kanak. Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk mengawal
emosi dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik terutamanya ibu
ketika mangandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah laku ibu akan
turun kepada janin di dalam kandungannya. Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga
segala perbuatan mereka supaya zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh
menjadi seorang yang berguna.
Akhir sekali, kepercayaan kepada nilai-nilai keperluan seperti keselamatan,
kasih sayang dan penghormatan diri adalah faktor pembentukan konsep kendiri.
Nilai kasih sayang sayang amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam
membentuk konsep kendiri dalam dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan
sekucukupnya, kanak-kanak tersebut akan membesar di dalam suasana yang serba
kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana mereka masih kecil
dan tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya dan tidak bahaya. Oleh itu,
amat penting sekali bagi ibu bapa serta guru untuk menjaga keselamatan
kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep kendiri yang positif.
(f)
ReplyDelete