PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI. 
Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

1 comments: