Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak: Perbezaan Individu

Perbezaan Individu
Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing ( Hurlock,1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di dalam persekitaran kanak-kanak tersebut ia boleh membantutkan perkembangan kanak-kanak ini.

Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran ( Hurlock, 1978).
Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:
  • Kognitif – kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira.
  • Fizikal – perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.
  • Sosial – kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat introvet atau ekstrovet.
  • Emosi – kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.
  •  Kecerdasan – kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini.


0 comments:

Post a Comment