kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid
• Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu
proses yang berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip
mata. Hubungan ini memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan
guru-murid akan terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan
seronok menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hubungan guru-murid juga memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam
bilik darjah. Guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat
mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan
berkesan.
• Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan
mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti
di dalam bilik darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang
positif ke atas pencapaian akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru.
Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah
dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara
langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi
murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka.
• Perhubungan guru-murid harus dimulakan seawal mungkin.
Bermula daripada awal penggal persekolahan, guru patut merancang
langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu hubungan yang positif
dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini mengambil masa yang lama untuk
dibentuk.
• Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik
murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid-muridnya.
Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang positifantara guru dengan
murid.
• Dari segi kebaikan kepada guru, hubungan guru-murid yang
baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang
membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar, guru akan manjadi semakin bermotivasi untuk mengajar.
• Di samping itu, murid juga lebih senang dikawal. Hubungan
guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai
contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan
guru dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya,
guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif.
• Tatkala itu, murid-murid
akan memberikan kesan kepada pengajaran guru. Aktiviti pengajaran akan menjadi
lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada
murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik
dan berkesan.
• Hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan
guru-guru mengawal murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih
berkesan. Keberkesanan ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati
dan dipandang mulia. Imej ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan
kendiri guru.
• Hubungan guru murid yang
positif juga membawa kebaikan kepada murid. Murid lebih berminat untuk belajar.
Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan
masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru juga dapat memberikan
maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh murid. Komunikasi dua
hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang minat murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Selain itu, murid-murid akan lebih
memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid yang baik memberikan
peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Murid
berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta memberikan
peneguhan yang sesuai.
• Hubungan guru dan murid turut berfungsi dalam
meningkatkan pencapaian akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan
murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hubungan
yang mesra dan kondusif membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi
akademik mereka.
• Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar.
Hubungan yang baik antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan
motivasi intrinsik murid. Murid-nmrid yang mesra dan rapat dengan guru akan
terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.
• Terdapat banyak kebaikan yang didapati
daripada hubungan yang baik antara guru dengan murid. Antaranya termasuklah
mengurangkan masalah disiplin, membentuk peribadi yang muha dan menjadi model
yang boleh diikuti oleh murid dan guru yang lain. Hubungan yang baik dapat
memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang boleh menyumbang kepada
peningkatan prestasi guru dan murid.
0 comments:
Post a Comment