PENGARUH
PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu
belajar dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
positif. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar.
Terdapat pelajar yang suka belajar secara berkumpulan dan ada juga yang yang
gemar belajar secara bersendirian.
Daripada perbezaan ini,
dapat disimpulkan bahawa
personaliti seseorang pelajar itu mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut
Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara bagaimana
elemen-elemen dari lima rangsangan asas mempengaruhi keupayaan seseorang untuk
memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran
pembelajaran.
Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran,
rangsangan emosi, rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan
psikologi.
Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang
murid mula membentuk gaya pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus
menggunakan gaya pembelajaran tersebut di dalam pelajarannya. Menurut Duna dan
Duna (1981), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar
adalah seperti berikut:
1) Aspek persekitaran
2) Aspek emosi
3) Aspek sosiologi
4) Aspek fisiologi
5) Aspek psikologi
Aspek
persekitaran
Aspek persekitaran merupakan aspek yang penting dalam
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Oleh itu, bunyi merupakan salah satu
aspek tersebut. Kajian menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar
dengan berkesan apabila mendengar muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya
boleh belajar dengan berkesan tanpa mendengar muzik.
Perbezaan ini bergantung lepada individu tersebut.Cahaya
juga salah satu aspek persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan
cahaya yang sikit sahaja untuk relajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka
memerlukan cahaya yang lebih untuk belajar. Aspek yang lain adalah suhu. Kesan
suhu terhadap keberkesanan pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, bilik
yang berhawa dingin adalah lebih selesa dan mendorong pembelajaran
Aspek Emosi
Emosi
merupakan aspek yang mempengaruhi secara mendalam dalam gaya pembelajaran
seseorang murid itu. Aspek perlu dipandang tinggi pengaruhnya kerana akan
membawa kesan yang mendalam kapada pelajar. Apabila seseorang murid itu
mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang
lebih berkesan. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam
sesuatu pembelajaran.
Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan
tugasan dengan sekaligus apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi.
Tetapi terdapat juga pelajar yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum
tugasan itu diselesaikan. Sifat bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar
kerana dengan sifat ini, mereka akan sentiasa menghasilkan kerja yang bermutu.
Mereka juga akan melalui pembelajaran yang lebih berkesan apabila sifat ini
sentiasa dipraktikkan.
Di dalam aspek emosi ini, faktor struktur akan menentukan
kebolehan seseorang pelajar itu. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan
apabila menerima atau mengikut arahan daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih
kreatif, mereka lebih gemar menyempurnakan tugasan atas iniasitif mereka
sendiri.
Aspek Sosiologi
Didalam
aspek sosiologi ini, kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu bersosiologi
dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara
bersendirian manakala terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan.
Maka dari sini kita telah mendapati bahawa pelajar telah mengaplikasikan aspek
sosiologi dalam pembelajaran mereka secara tidak sengaja.
Aspek Fisiologi
Fisiologi
bermaksud secara umum adalah *anggota
fizikal*. Aspek ini penting kerana melibatkan pergerakkan dan tubuh badan
seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya pembelajaran seseorang pelajar
berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai kekuatan
persepsi yang berbeza seperti pelajar
visual(pandang), pelajar auditor dan pelajar
kinesthetic-tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk gaya
mereka sendiri dalam pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak
diubah.
Pelajar
visual(pandang) ialah jenis pelajar yang belajar dengan melihat carta,
graf dan gambar rajah. Dengan cara pembelajaran begini, mereka akan lebih
mendalami sesuatu konsep tersebut dan mudah mengingatinya. Selain itu, pelajar
dari kategori ini gemar membaca kepada diri sendiri, menyelesaikan silang kata
dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.
Kategori pelajar
auditor pula adalah pelajar yang gemar belajar dengan cara membaca dan
menyebut perkataan-perkataan .pelajar kategori ini akan melakukan perkara
demikian bertujuan sebagi kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep
Ketegori yang seterusnya adalah pelajar
kinesthetic-tictile. Jenis pelajar kinesthetic-tactile adalah pelajar yang
gemar belajar dengan menyentuh dan merasa. Mereka suka bergerak ke sana dan ke
mari dan ingin memanipulasikan objek-objek yang berada di sisi mereka supaya
dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Pergerakkan-pergerakan yang dilakukan
ini akan memudahkan seseorang pelajar itu memahami dan mengingati sesuatu
perkara itu dengan cepat.
Makanan dan minuman juga merupakan salah satu gaya
pembelajaran bagi sesetengah pelajar. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat
murid yang belajar dengan lebih baik apabila mereka dibenarkan makan dan
minum.Sebaliknya apabila mereka tidak dibenarkan untuk makan atau minum, mereka
gagal untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang tertentu. Kebanyakan
pelajar jenis ini adalah terdiri daripada kelompok pelajar perempuan.
Waktu juga merupakan peranan yang penting dalam
mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar itu. Secara amnya, murid-murid
adalah segar dan lebih aktif di sebelah pagi dan kurang aktif di sebelah
petang. Pengalaman mendapati bahawa semasa kita di zaman persekolahan dahulu
telah mengalami situasi sebegini dimana pada waktu setelah rehat sahaja, kita
akan berasa cepat mengantuk atau dengan erti kata lain tidak aktif. Oleh
itu, untuk menyeimbangkan jasmani dan emosi
pelajar, pelajar akan belajar pagi waktu pagi manakala bermain pada waktu
petang.
Selain daripada perkara yang telah disebutkan diatas,
terdapat juga sebahagian pelajar yang belajar dengan lebih berkesan apabila
dibenarkan bergerak bebas berbanding belajar di satu tempat sahaja.Pelajar
jenis ini secara amnya lebih kearah teknikal dan amali. Jadi satu-satunya
kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasi kebosanan pelajar ini adalah dengan
menjadikan proses pembelajaran tidak hanya di kelas sahaja. Proses pembelajaran
boleh dilakukan di bengkel, taman,kawasan peranginan dan ditempat-tempat yang
difikirkan sesuai.
Aspek Psikologi
Setiap
pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan kekuatan gaya pembelajaran
yang dimiliki digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan ilmu dan
maklumat yang diberikan oleh guru. Secara saintifiknya kita ketahui bahawa otak
manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah
kiri.
Didalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para
pelajar mungkin merupakan pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak
kanan menjalankan fungsi sebagai mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif san
sÃntesis. Bagi otak kiri pula, ianya bekerja
dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa
(membaca dan menulis) formal dan analisis.
Bagi pelajar yang menggunakan otak kanan lebih daripada
otak kiri, mereka lebih gemar belajar dalam senyap, suka cahaya yang lebih
terang, suka tempat duduk tersusun dan sebagainya. Dan bagi pelajar yang menggunakan otak kiri lebih
daripada otak kanan, mereka lebih gemar belajar dengan muzik, keadaan sederhana
terang, tempat duduk yang informal dan sebagainya. Bagi menjelaskan perbezaan
pengguna otak kanan dan kiri, jadual disediakan seperti dibawah :
PEMPROSES OTAK
KIRI
|
PEMPROSES OTAK
KANAN
|
1. Suka belajar di tempat senyap
|
1. Suka belajar dengan muzik
|
2. Suka kepada cahaya yang lebih
terang
|
2. Suka pada keadaan yang
sederhana terang
|
3. Suka pada tempat duduk yang
tersusun
|
3. Suka pada tempat duduk yang informal
|
4. Gigih ketika menyempurnakan
tugasan
|
4. Memerlukan rehat sebelum dapat
menyempurnakan tugasan
|
5. Tidak suka makan atau minum
ketika membuat verja
|
5. Suka makan atau minum ketika
membuat kerja
|
6. Gemar menyempurnakan satu
tugasan pada satu masa
|
6. Gemar menyempurnakan beberapa
tugasan dalam satu masa
|
7. Lebih suka bekerja di hadapan
pihak berkuasa
|
7. Berusaha dengan lebih baik
tanpa pihak berkuasa
|
8. Gemarkan tugasan berstruktur
(iaitu ada arahan yang jelas)
|
8. Lebih suka tugasan yang tidak berstruktur
|
Menurut
Honey dan Murnford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran yang utama bagi pelajar-pelajar untuk belajar
dengan berkesan. Gaya yang pertama ialah aktivis. Pelajar-pelajar yang
tergolong dalam kumpulan ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru. Mereka suka
mencari pengalaman yang baru dan berfikiran terbuka. Mereka juga mengambil tahu
tentang perkara-perkara yang baru disekeliling mereka. Selain itu, mereka lebih
meminati dan suka terlibat dalam bidang perbincangan seperti debat.
Gaya yang kedua adalah gaya reflaktif. Gaya reflektif
merupakan gaya pelajar yang lebih menggemari mengumpul dan menganalisis data
serta mengambil masa membuat kesimpulan. Apabila berlaku sesuatu perkara,
kesimpulan yang di buat akan berdasarkan
pada pandangan dan pemerhatian sendiri dan juga mengambil kira
pemerhatian orang lain. Tidak terkecuali perkara yang sedang berlaku dan yang
telah berlaku.
Bagi gaya ketiga pula adalah gaya teoris, gaya teoris
adalah gaya para pelajar yang bersifat objektif. Rumusan yang mereka lakukan
adalah berdasarkan teori iaitu bukti, analisis data dan logik. Pelajar –
pelajar jenis gaya teoris ini tidak akan mempercayai sesuatu konsep melainkan
sehingga mereka menemui bukti yang bernas mengenai konsep tersebut.
Gaya yang terakhir adalah gaya pragmatis . Gaya pragmatis
ini merupakan gaya pelajar yang lebih kepada praktikal. Ini bermaksud,
mereka menggunakan idea, teori, dan teknik untuk memastikan ianya berguna dalam
situasi sebenar.Bagi pelajar-pelajar daripada gaya pragmatis ini akan sentiasa
menyifatkan bahawa jika sesuatu objek itu berfungsi, maka ianya adalah dalam
berkeadaan baik.
0 comments:
Post a Comment