Perjuangan Tokoh-Tokoh Pendidik
Tokoh Pendidikan Barat

Maria Montessori
Sumbangan:
a)    Kaedah Montessori. Mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau ‘’Rumah Kanak-Kanak’’. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip :
I.        Kanak-kanak lebih muda belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.
II.        Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Kedua-dua prinsip di atas telah mengilhamkan usaha Montessori dari segi reformasi pendidikan, metologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan.
b)    Pameran bilik darjah digelar (glass house) di Pameran Antarabangsa Panama-Pasifik di San Francisco pada tahun 1915
c)    Pusat Latihan Montessori di Laren, Netherlands (1938)
d)    Siri kursus latihan perguruan di India(1939)
e)    Pusat Montessori di London (1947
Antara daripada sumbangan utama kepada pendidikan melalui pemikiran Montessori adalah:
§  petunjuk keatas kanak-kanak dalam kumpulan umur 3-tahun, mengikut tempoh-tempoh sensetif perkembangan (contoh: lahir-3, 3-6, 6-9, dan 9-12 tahun kepada program 'Erdkinder' (daam bahasa German untuk "kanak-kanak tanah") untuk remaja awal
§  kanak-kanak sebagai insan cekap, digalakkan untuk membuat keputusan maksimum
§  pemerhatian keatas kanak-kanak di dalam persekitaran sebagai asas kepada kurikulum pendidikan yang berterusan (persembahan atas latihan-latihan untuk perkembangan skil dan pengumpulan maklumat)
§  kecil, perabot saiz kanak-kanak dan pembuatan yang kecil, persekitaran kecil kanak-kanak (microcosm) yang mana setiap satu akan membina kecekapan untuk menghasilkan dunia kecil kanak-kanak yang boleh berdikari
§  penyertaan ibu bapa untuk memberi perhatian asas dan betul kepada penilaian kesihatan dan kebersihan sebagai syarat persekolahan
§  gambaran kepada skala tempoh sensetif keatas pembangunan, yang mana menyediakan fokus keatas kerja kelas yang bersesuaian dan secara uniknya memberi simulasi dan motivasi kepada kanak-kanak (termasuk tempoh-tempoh sensetif untuk pembangunan bahasa, experimentasi sensorial dan penghalusan, dan pelbagai aras interaski sosial)
§  kepentingan terhadap "penyerapan minda," motivasi kanak-kanak yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya dan untuk memperincikan skillnya dan memahami sebaik sahaja ia ditemui di sekitar tempoh sensetif. Fenomena ini di gambarkan oleh kapasiti kanak-kanak mengulang aktiviti didalam kategori tempoh sensetif categories (Contohbabbling menyeluruh sebagai latihan bahasa mengarah kepada kecekapan berbahasa).
§  bahan-bahan pembetulan sendiri "auto-didaktik" (berasaskan hasil kerja Jean Marc Gaspard Itard dan Edouard Seguin)

Carl Rogers
Sumbangan:
a)    Carl Rogers telah menghasilkan buku pertama beliau yang berjudul, The Clinical Treatment of The Problem Child (1939) ketika bertugas di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.
b)    Kandungannya adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
c)    Buku kedua beliau pula berjudul, Counceling and Psychotherapy: Newer Concepts in Practise yang menekankan kepentingan bagi klien mewujudkan hubungan atau rapo dengan seorang terapis yang prihatin dan bersifat terbuka. Menurutnya, hubungan sedemikian dapat membantu klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi serta memperoleh celik akal agar berupaya menstruktur semula hidupnya.
d)    Rogers telah mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti Chicago (1945). Berdasarkan pengalaman beliau di pusat tersebut, hasil karya utama beliau  berjudul Client Centre Therapy berjaya diterbitkan pada tahun 1951.

Aliran pemikiran Carl Rogers dalam dunia pendidikan.
a)    Hasrat untuk belajar:
Menurut Rogers, manusia mempunyai hasrat alami untuk belajar. Hal ini terbukti dengan tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi lingkungan. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan asumsi dasar pendidikan humanistik. Di dalam kelas yang humanistik anak-anak diberi kesempatan dan kebebasan untuk memuaskan dorongan ingin tahunya, untuk  memenuhi minatnya dan untuk menemukan apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya.

b)    Belajar yang bererti:
Belajar akan mempunyai erti atau makna apabila apa yang dipelajari relevan. Ertinya, anak akan belajar dengan cepat apabila yang dipelajari mempunyai
erti baginya.

c)    Belajar tanpa ancaman:
Belajar mudah dilakukan dan hasilnya dapat disimpan dengan baik apabila berlangsung dalam lingkungan yang bebas ancaman. Proses belajar akan berjalan lancar manakala murid dapat menguji kemampuannya, dapat mencuba pengalaman-pengalaman baru atau membuat kesalahan-kesalahan tanpa mendapat kecaman yang bisaanya menyinggung perasaan.

d)    Belajar atas inisiatif sendiri:
Belajar akan paling bermakna apabila hal itu dilakukan atas inisiatif sendiri dan melibatkan perasaan dan pikiran si pelajar. Mampu memilih arah belajarnya sendiri sangatlah memberikan motivasi dan mengulurkan kesempatan kepada murid untuk “belajar bagaimana caranya belajar” (to learn how to learn ). Tidaklah perlu diragukan bahwa menguasai bahan pelajaran itu penting, akan tetapi tidak lebih penting daripada memperoleh
kecakapan untuk mencari sumber, merumuskan masalah,menguji hipotesis atau asumsi, dan menilai hasil. Belajar atas inisiatif sendiri memusatkan perhatian murid baik pada proses mahupun hasil belajar. Belajar atas inisiatif sendiri juga mengajar murid menjadi bebas, tidak bergantung, dan percaya pada diri sendiri. Apabila murid belajar atas inisiatif sendiri, ia memiliki kesempatan untuk menimbang-nimbang dan membuat keputusan, menentukan pilihan dan melakukan penilaian. Dia menjadi lebih bergantung
pada dirinya sendiri dan kurang bersandar pada penilaian pihak
lain.

e)    Belajar dan perubahan:
Prinsip terakhir yang dikemukakan oleh Rogers ialah bahwa belajar yang paling bermanfaat ialah belajar tentang proses belajar. Menurut Rogers, di waktu-waktu yang lampau murid belajar mengenai fakta-fakta dan gagasan-gagasan yang statis. Waktu itu dunia lambat berubah, dan apa yang diperoleh di sekolah sudah dipandang cukup untuk memenuhi tuntutan zaman.

Kesan aliran pemikiran kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
a)    Adanya kelas tambahan atau kelas intensif yang dikelolakan  oleh pihak sekolah
b)    Mengadakan kelas pemulihan bagi mengatasi dan mengelakkan para pelajar daripada tercicir
c)    Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) diwujudkan bagi membantu para pelajar yang miskin
d)    Skim Baucer Tuisyen diadakan untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid

0 comments:

Post a Comment