FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut
kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek
iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini
pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh
faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat
bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama
dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai
penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.
Pengaruh
genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya
dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza
Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan
Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun”,
baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui
ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran
Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan
anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi
sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.
Gen-gen
yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan
memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita
sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli
psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962)
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.
Kajian
ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan
persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan
manusia.
Pengaruh
genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus
tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang
didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut
kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa
gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka.Individu yang normal biasanya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman
sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot
yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya,
proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan
menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan
dilahirkan nanti.
Perbezaan
kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan
kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang
bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang
juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi
yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan
autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian,
perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada
perkembangan personaliti mereka.
Faktor
baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk
bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya
adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan
suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan
meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan
individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan
harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.
Contoh
seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit.
Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan
kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti
sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu.Justeru, hubungan kanak-kanak
tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa
sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat
kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.
Faktor
kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini
merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi
pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia
dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi
oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan,
sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara
ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.
Mengikut
penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku
‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun”, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan
mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara
enam hingga lapan bulan.
Seterusnya,
khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi
perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan
motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat.
Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk,
merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.
Selain
itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor
perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga
seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan
melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Keluarga
yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan
intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya
memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang
sempurna kepadaanak-anak.
Ibu
bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik.
Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa
menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang
proaktif dan sempurna.
Selain
itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-
kanak.Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan
seimbang.Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal
perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka.Oleh itu, ibu bapa
perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan
kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik
kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun,
kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga
kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.
Teori
Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem
ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem
merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.Sebagai
contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru dan rakan-rakan.Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang
tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem
pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini
bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau
tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak
yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem
ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan
peluang.
Ekosistem
merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak
secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar
raya.Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem
pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi
peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem
pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.Sebagai contoh
situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer
jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.
Secara
keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang
berbeza-beza.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete