IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan,
beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah
dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu
implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi
terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam aspek perkembangan
fizikal, pembelajaran kanak-kanak adalah melalui
pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor
kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan. Ini membolehkan
kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan baik. Kanak-kanak boleh
melibatkan diri dengan aktiviti berenang dan juga gimnastik. Melalui
aktiviti sebegini, ianya dapat menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap bagi kanak-kanak.
Seterusnya,
menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut jantina pelajar.
Kebiasaannya aktiviti lasak disediakan untuk kanak-kanak lelaki. Ini kerana
pada tahap ini mereka lebih cenderung ke arah permainan lasak dan kasar. Selain itu, fizikal
kanak-kanak lelaki adalah lebih kuat berbanding kanak-kanak perempuan. Sebagai
contoh adalah permainan bola sepak. Bagi kanak-kanak perempuan pula, aktiviti
yang disediakan perlulah sesuai dengan gender mereka. Seperti yang kita ketahui,
perempuan merupakan bersifat pasif jika dibandingkan dengan lelaki. Jadi,
aktiviti yang sesuai amatlah penting bagi mereka. Sebagai contoh adalah
permainan bola jaring. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai
perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan
sebaya akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan masalah penyesuaian.
Dari
segi aspek kognitif pula, terdapat beberapa implikasi perkembangan kognitif
kanak-kanak. Antaranya ialah guru seharusnya memainkan peranan sebagai
fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk menyusun maklumat yang hendak
diajar bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah
mereka pelajari sebelumnya. Antara contoh sumber pengajaran termasuklah
gambar, tajuk cerita, segmen pendek video dan pelbagai lagi.
Implikasi kedua dari segi aspek perkembangan kognitif ialah guru harus sedar
bahawa ada sesetengah murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang
berbeza, sama ada enaktif, ikonik ataupun simbolik. Bagi memenuhi kehendak
kumpulan murid yang berlainan, guru boleh mengadakan satu perbincangan (mod
simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperimen mahupun
kajian yang dilakukan (mod ikonik).
Implikasi
yang ketiga dari segi aspek perkembangan kognitif ialah murid-murid perlulah
dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan serta
selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai contoh, katakan guru
mahu mengajar mengenai planet-planet di alam semesta. Murid-murid boleh diminta
untuk membina model planet-planet (enaktif) ; menonton filem mahupun video
mengenai planet yang ada di alam semesta (ikonik) ; atau diminta untuk membuat
rujukan di pusat sumber mengenai planet - planet. Seterusnya mengadakan
perbincangan mengenai dapatan sesama mereka.
0 comments:
Post a Comment