KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Mendengar
  1. Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
  2. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien.
  3. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.
  4. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.
  5. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
  6. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik.
  7. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Kemahiran Membina Hubungan
  1. Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.
  2. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
  3. Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
  4. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.
  5. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
  6. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.
  7. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.
  8. · Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.




0 comments:

Post a Comment