RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga
dikenali sebagai Kaunseling Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini
diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis, seorang ahli Klinik Psikologi setelah
menimba pengalaman dari praktik yang dilakukannya dalam bidang Kaunseling
Keluarga, Perkahwinan dan Seks.
Pada mulanya dia menggunakan prosedur
psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia menemukan ketidakpuasan dengan prosedur
tersebut. Akhirnya dia mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional
Emotif BehaviouralTerapi dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang
dihadapi klien berpunca dari ketidaklogikan klien dalam berfikir.
Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu dalam melihat dan menafsir objek
atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi satu masalah yang menghantui
dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan untuk mengatasi fikiran yang
tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan seseorang itu. Kaunselor
berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa cara berfikir yang tidak
logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau dengan kata lain REBT
bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara berfikir atau idea-idea
yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan menggantinya dengan cara yang
logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan berbuat yang lebih rasional berdasarkan
kepada tuntutan realiti.
TEKNIK-TEKNIK TEORI REBT:
Teknik-Teknik Kaunseling Rational Behaviuoral
Emotif
Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan
bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu
sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu
diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat.
(Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu, walaupun REBT lebih menitikberatkan
aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut
diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang
besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan Teknik-teknik
Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 :182).
Teknik-Teknik Kognitif
Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang
digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92)
menerangkan ada empat teknik besar dalam teknik-teknik kognitif.
Teknik Pengajaran -
Dalam RET, kaunselor mengambil peranan lebih
aktif dari klien Teknik ini memberikan keluasan kepada kaunselor untuk
berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien terutama menunjukkan bagaimana
ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada
klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak klien untuk menyedari sikap berdiam
diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa kebaikan kepada dirinya dan
keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan dengan bijaksana.
Teknik Persuasif -
Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya
kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba
meyakinkan,mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang
dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.
Teknik Konfrontasi -
Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir
kliendan membawa klien ke arah berfikir yang lebih logik.
Teknik Pemberian Tugas -
Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk
mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan
klien agar berbincang dengan suami klien mengengai ketidakpuasan hatinya.
Setelah itu klien juga di cadangkan agar mencari ruang untuk bersama suaminya
contoh ketika di dalam kereta untuk balik kampong dan menghadiri percutian
bersama. Di samping itu klien di galakkan bergaul dengan anggota masyarakat
kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk
memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TEORI REBT
KEBAIKAN
* Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang
dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.
* Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada
klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain.
* Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan
intelektual dan kemajuan
dari cara berfikir.
KELEMAHAN
* Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa
logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk
dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logik.
* Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari
realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.
* Ada juga klien yang terlalu berprasangka
terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.
* Ada juga sesetengah klien yang memang suka
mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak
mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.
0 comments:
Post a Comment