Penyelidikan Tindakan: Proses
Penyelidikan Tindakan
1. PENDAHULUAN
Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi EMPAT PERINGKAT. Disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar
(cyclic) (lihat
Rajah 2) semua peringkat itu haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga
secara berperingkat-peringkat. Proses yang diterangkan di sini sekadar panduan,
sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii keci1-kecilan dijalankan
berasaskan tema yang dipilih. Proses ini harus juga dilihat dari segi
keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan TINDAKAN untuk menyelidik dan
mengubahsuai tindakan. 1. PENDAHULUAN
Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi EMPAT PERINGKAT. Disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar
Kerjasama dan kerja bersama-sama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. Cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur bermula dengan TINJAUAN. Di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke peringkat PERANCANGAN, PELAKSANAAN dan RENUNGAN.
2. PERINGKAT TINJAUAN (Reconnaissance)
Proses Penyelidikan Tindakan bermula di peringkat ini dengan meneroka dan mengenalpasti isu-isu dan idea-idea berkaitan dengan tumpuan tema (thematic concern). Proses asas yang amat penting ini haruslah terbuka; dilihat dari berbagai-bagai sudut. Di peringkat ini juga dibuat andaian dalam mengenalpasti tumpuan tema. Temalah yang menjadi asas dalam proses penyelidikan. Pastikan tumpuan tema jelas; khusus, konkrit dan praktikal.
Berdasarkan tema, mulakan perancangan untuk membawa perubahan dalam iklim pendidikan. Untuk tujuan tersebut harus difaham benar-benar
- nilai-nilai kendiri dan orang lain mengenai pendidikan
- apa yang anda sedang/akan lakukan (Soalkan "Apa?")
- sejarah kegiatan pendidikan di tempat kerja sendiri (Soalkan "Bagaimana?" dan "Di mana?")
- diri sendiri dari segi pengalaman
Dengan memahami semua keperluan itu,
rumuskan tema yang dapat menerangkan
- hasrat membuat kajian
- orang yang harus terlibat sama
- orang yang berminat dengan tema kajian
- bagaimana penyelidikan tindakan berkait dan berkesan kepada orang lain
2.1
ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA:
Aspek
ini merujuk kepada pemahaman idea utama iaitu bagaimana ia dihuraikan,
dijelaskan dan dibuat justifikasi.
2.2
ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN:
Aspek
ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang utama di dalam situasi. Segala hasil
aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan, sumber dan kemahiran yang
dipraktikkan bolehlah diselidik.
2.3
ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI
Aspek
ini merujuk kepada hubungan-hubungan utama seperti hubungan formal, informal,
sikap, pasukan, persatuan dan keutuhan perhubungan. Fahami dan terokai
bagaimana perhubungan bersangkut-paut dengan pola-pola kerja dan sebarang
usaha serta ganjaran dari situasi yang berlainan.
Di
dalam kerangka kerja yang dihasilkan berdasarkan tiga aspek itu, fikir juga
dari segi PENENTANGAN dan INSTITUTIONALISASI. Penentangan adalah pendapat yang
berbeza mengenai istilah, idea dan nilai, tujuan dan aktiviti, dan hubungan
sosial di antara individu dengan kumpulan.
Institutionalisasi pula dilihat, sebagai proses di mana
- perbezaan-perbezaan dan percanggahan pendapat itu dapat diselesaikan secara formal;
- diamalkan tindakan dalam struktur dan polisi institusi.
2.4 HASIL TINJAUAN
Secara keseluruhannya, fungsi peringkat tinjauan ini adalah
Secara keseluruhannya, fungsi peringkat tinjauan ini adalah
- untuk menilai tindakan yang boleh diambil atau dijalankan dengan menunjukkan sama ada apa yang telah dicapai dan dipersetujui itu memenuhi jangkaan;
- untuk menentukan tindakan yang akan diambil di mana dan bila - serta justifikasinya;
- sebagai asas untuk perancangan seterusnya dengan betul;
- sebagai asas untuk mengubahsuaikan keseluruhan perancangan;
- memberi peluang kepada penyelidik mendapat wawasan (celik akal) yang baru; dan
- sebagai pernyataan diagnosis mengenai situasi tumpuan tematik itu.
3. PERINGKAT PERANCANGAN
Pada amnya, dalam perancangan perlu difikirkan apakah yang patut dilakukan dengan tujuian;
- membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan menumpukan perhatiam tentang aktiviti dan amalan yang perlu dilakukan; dan
- menentukan tindakan khusus untuk memperbaiki kerja dalam hubungan dengan orang lain.
Peringkat perancangan pun, perlu
dilihat dalam tiga aspek seperti pada peringkat TINJAUAN.
3.1 ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA
Sediakan satu pelan tindakan (lihat rajah 3) bertujuan untuk menjawab soalan: "Siapa buat apa?" dan "Bila?" supaya dapat mengurangkan keadaan kurang faham- keraguan, konflik tentang peranan, sumbangan ahli-ahli dalam pasukan, serta sasaran kajian.
Bagi aspek ini ambilkira pandangan, teori, hipotesis, hasi1 perbincangan, dapatan kajian-kajian sedia ada yang berkaitan. sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung; dengan tema yang dikaji dan kehendak ahli-ahli dalam pasukan.
3.2 ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN
Dalam perancangan aspek ini, kenalpasti tindakan yang perlu dibuat. Bagi tujuan ini, pertimbangkan aktiviti dan amalan pada masa lalu dan masa kini. Juga, tindakan itu perlulah dapat menjadikan aktiviti lebih berunsur dan memberi penekanan kepada tindakan yang jelas dan khusus.
Penyelidik perlu mengambil kira bagaimana melakukan tindakan yang telah dikenalpasti. kesan terhadap orang lain, kejanggalan serta masalah yang mungkin timbul daripadanya.
Perlu juga dipertimbangkan tentang kesediaan orang lain untuk menerima aktiviti dan amalan baru. Rancangkan aktiviti bagi sesuatu tindakan yang boleh memupuk dan membuka peluang kepada perubahan yang dapat diterima.
Ubahkan hubungan aktiviti dan amalan di antara ahli-ahli kumpulan penyelidikan tindakan dengan orang lain yang terlibat dan yang terpengaruh dengannya. Ini memerlukan penyelidik memikirkan reaksi sesama ahli kumpulan dan juga dengan oiang lain. Perundingan diperlukan untuk memboleh-kan mereka melibatkan diri dalam perubahan.
3.3 ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI SOSIAL
Mengenalpasti corak perhubungan sosial dan organisasi. Timbangkan perkara-perkara berikut:
3.1 ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA
Sediakan satu pelan tindakan (lihat rajah 3) bertujuan untuk menjawab soalan: "Siapa buat apa?" dan "Bila?" supaya dapat mengurangkan keadaan kurang faham- keraguan, konflik tentang peranan, sumbangan ahli-ahli dalam pasukan, serta sasaran kajian.
Bagi aspek ini ambilkira pandangan, teori, hipotesis, hasi1 perbincangan, dapatan kajian-kajian sedia ada yang berkaitan. sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung; dengan tema yang dikaji dan kehendak ahli-ahli dalam pasukan.
3.2 ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN
Dalam perancangan aspek ini, kenalpasti tindakan yang perlu dibuat. Bagi tujuan ini, pertimbangkan aktiviti dan amalan pada masa lalu dan masa kini. Juga, tindakan itu perlulah dapat menjadikan aktiviti lebih berunsur dan memberi penekanan kepada tindakan yang jelas dan khusus.
Penyelidik perlu mengambil kira bagaimana melakukan tindakan yang telah dikenalpasti. kesan terhadap orang lain, kejanggalan serta masalah yang mungkin timbul daripadanya.
Perlu juga dipertimbangkan tentang kesediaan orang lain untuk menerima aktiviti dan amalan baru. Rancangkan aktiviti bagi sesuatu tindakan yang boleh memupuk dan membuka peluang kepada perubahan yang dapat diterima.
Ubahkan hubungan aktiviti dan amalan di antara ahli-ahli kumpulan penyelidikan tindakan dengan orang lain yang terlibat dan yang terpengaruh dengannya. Ini memerlukan penyelidik memikirkan reaksi sesama ahli kumpulan dan juga dengan oiang lain. Perundingan diperlukan untuk memboleh-kan mereka melibatkan diri dalam perubahan.
3.3 ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI SOSIAL
Mengenalpasti corak perhubungan sosial dan organisasi. Timbangkan perkara-perkara berikut:
- siapakah yang terlibat dan apakah bentuk perhubungan sosial itu;
- bagaimanakah hal itu terjadi dan bilakah ia bermula;
- apakah pengaruh struktur organisasi dan iklim sosialnya terhadap setiap individu
- bagaimanakah perubahan boleh dilakukan terhadap organisasi dari individu untuk memperbaiki interaksi sosial yang formal, informal, personal dan profesional perkara yang boleh menghalang perubahan dalam semua perkara di atas.
3.3.1 Menukar diri sendiri dalam
hubungan sosial dan organisasi:
Perlu ditimbamgkan bagaimana boleh diubah pendirian, peranan, kecenderungan serta pemikiran diri sendiri dalam hubungan dengan kumpulan penyelidikan tindakan dan orang-orang yang terlibat.
Menibangkan kesesuaian dengan aspek-aspek ungkapan dan wacana serta aktiviti dan amalan.
3..3.2 Perancangan mengutip data dan mengesan:
Bagi mengutip data perkara-perkara berikut perlu diper-timbangkan:
Perlu ditimbamgkan bagaimana boleh diubah pendirian, peranan, kecenderungan serta pemikiran diri sendiri dalam hubungan dengan kumpulan penyelidikan tindakan dan orang-orang yang terlibat.
Menibangkan kesesuaian dengan aspek-aspek ungkapan dan wacana serta aktiviti dan amalan.
3..3.2 Perancangan mengutip data dan mengesan:
Bagi mengutip data perkara-perkara berikut perlu diper-timbangkan:
- siapa yang mengutip data
- bi1a
- bagaimana
- apakah instrumen yang diguna
Semasa merancang pengutipan data,
perlu juga difikirkan tentang pengesanan. Pengesanan bertujuan memberi maklumat
bahawa perancangan dapat dilaksanakan, dan juga melihat sama ada kesan yang
diingini telah berlaku atau sebaliknya.
3.4 HASILAN PERANCANGAN
Setelah
meneliti dengan mendalam apakah yang dapat dan tidak dapat dilaksanakan untuk
mengubah serta memperbaiki sesuatu situasi, barulah dirancang idea-idea yang
praktikal, penting dan berguna, yang akan dijalankan dalam penyelidikan.
Kemudian tuliskan idea-idea tersebut sejelas dan secepat mungkin dalam satu
rangka kasar.
Rangka
kasar (draft) pelan yang telah disiapkan seterusnya perlu dibincang bersama
dengan rakan-rakan penyelidikan tindakan dan dikaji semula untuk mendapat
timbal balik atau respon-respon supaya satu pelan yang diterima oleh semua
dapat dihasilkan. Seberapa yang boleh, libatkan mereka secara langsung dalam
kerja ini. Pelan akhir perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
a.
Menerangkan tumpuan tematik kajian, berdasarkan bukti-bukti yang
terkumpul dalam TINJAUAN, mengapa ia pentiiig dan praktikal.
b.
Menjelaskan mengapa dipilih individu-individu tertentu dalam
penyelidikan tindakan.
c.
Menerangkan perubahan-perubahan khusus yang diharapkan berlaku
dalam aspek-aspek ungkapan dan wacana; aktiviti dan amalan; dan hubungan sosial
dan organisasi.
d.
Menerangkan jadual tugas yang lengkap untuk setiap ahli dalam
penyelidikan tindakan.
e.
Menjelaskan bagamiana tindakan akan dibuat sejajar dengan proses
penentangan dan institutionalisasi yang wujud dalam situasi kajian.
f.
Menjelaskan bagaimana pelan penyelidikan tindakan akan
mempengaruhi mereka yang terlibat,
g.
Menjelaskan bzigaimana akan dipantau
(monitor) perubahan-perubahan yang dirancang dalam aspek-aspek ungkapan dan
wacana; aktiviti dan amalan; dan hubungan sosial dan organisasi.
h.
Menjelaskan bagaimana data yang akan dikumpul
boleh menjadi bukti (evidence) dan seterusnya membantu dalam menerangkan kajian
yang akan dilaksanakan. Dengan ini pelan akan dapat diperkemaskan lagi.
4. PERINGKAT-PELAKSANAAN DAN PEMERHATIAN
(Melaksanakan rancangan dan memerhati)
Selepas
pelan aktiviti yang hendak dilaksanakan dirancang, semua aktiviti berkenaan
hendaklah dijalankan dan dibuat pemerhatian. Di antara perkara penting yang
perlu diambilkira dan dipastikan sebelum aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan
ialah Jadual Pelaksanaan, cara data dikumpul, tugas dan tanggungjawab ahli-ahli
penyelidik, siapa yang akan bertanggungjawab untuk menganalisa data yang
diperolehi dan melapor dapatan. Kelicinan perjalanan penyelidikan ini dan
kesahan dapatan bergantung kepada perancangan yang telah difikirkan dengan
terperinci. Semasa merancang jadual pelaksanaan, faktor tempoh dan kekerapan
pemerhatian hendaklah diambilkira.
4.1 JADUAL PELAKSANAAN
Jadual
Pelaksanaan yang telah dirangka hendaklah dilaksanakan dengan mengambilkira dua
aspek penting, iaitu;
- TEMPOH
- KEKERAPAN
Dari
segi tempoh, perlu ditimbangkan sama ada boleh atau tidak dijelaskan, masa
tiap-tiap lingkaran, sesi, pemerhatian dan sebagainya, untuk dilaksanakan. Dari
segi kekerapan pula hendaklah dipertimbangkan sama ada ia dapat atau tidak
menentukan berapa kali lingkaran, sesi, pemerhatian akan dibuat.
4.2 PENGUMPULAN DATA
a.
CARA
DATA DIKUMPUL:
|
·
dairi
|
|
·
buku log
|
|
·
temubual
|
|
·
soalselidik
|
|
·
rakaman audio-video
|
|
·
gambar foto
|
|
·
jadual interaksi (interaction table)
|
|
·
catatan-catatan pemerhatian dan lain-lain
|
- SIAPA YANG TERLIBAT
|
Penyelidik sendiri
|
|
Pembantu penyelidik-pemerhati
|
|
Juruteknik (perakcim audio-video, dsb. )
|
|
sesiapa sahaja yang
terlibat secara langsimg (seperti penglibatan juruteknik yang memerlukan
kelulusan daripada pentadbir maktab/sekolah).
|
- TUGAS DAN TANGGUNGJAAB AHLI-AHLI YANG TERLIBAT:
Tugas
dan tanggungjawab ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan hendaklah
disenaraikan, seperti:
|
1. Siapa
menyediakan instrinnen?
|
|
2. Siapakah yang
menjalankara pemerhatian?
|
|
3. Siapakah yang
mengumpul data?
|
4.3 KESIMPULAN:
Kejayaan
sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan
yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan
dan pengawasan setiap aktiviti dengan baik.
5. PERINGKAT RENUNGAN
Renungan
merangkumi tindakan-tindakan menganalisa membuat sintesis, menginterpretasi,
membuat huraian dan kesimpulan. Perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan semasa
memikirkan semula tumpuan tema ialah apa yang mendorong dan menghalang
perubahan; pencapaian dan kekurangan dan kesan-kesan sampingan. Semua ini harus
dilihat dari aspek-aspek teminologi dan wacana, aktiviti dan amalan, dan
perhubungan sosial dan bentuk organisasi. Juga perlu dilihat dari sudut
penentangan dan institutionalisasi. Matlamat kita di sini ialah menggariskan
beberapa rumusan bagi setiap aktiviti yang telah berlaku dalam proses
perlaksanaan yang dijalankan itu.
Penganalisaan
data-data yang telah dikumpulkan itu boleh dikait dengan penemuan-penemuan yang
telah dibuat oleh pihak lain (educational literature).
Untuk
membuat RENUNGAN dengan lebih berkesan soalan-soalan berikut boleh membantu:
|
1. Bagaimanakah
kita menjelaskan tindakan-tindakan yang kita telah lakukan jika dibandingkan
dengan apa yang telah dirancangkan.
|
|
2. Bagaimana
tanggapan kita terhadap situasi tersebut?
|
|
3. Bagaimana
pula dengan tanggapan pelajar, pentadbir dan rakan-rakan sejawat?
|
|
4. Apakah
kesan-kesan yang diingini dan tidak diingini? Apakah yang menyebabkan
kesan-kesan tersebut berlaku?
|
|
5. Apakah
isu-isu pendidikan yang telah kita kenalpasti? Dengan siapakah kita dapat
berbincang mengenai isu-isu tersebut?
|
|
6. Apakah
kekangan-kekangan yang kita hadapi? Kenapa?
|
|
7. Adakah
amalan-amalan yang kita lakukan itu lebih baik? Bagaimana? Kenapa?
|
|
8. Apakah
pemahaman kita terhadap amalan-amalan yang kita lakukan bertambah baik?
Bagaimana? Kenapa?
|
|
9. Adakah
situasi kerja kita berubah? Bagaimana? Kenapa?
|
|
10. Apakah perubahan-perubahan dalam
penggunaan teknologi yang berkaitan dengan tumpuan tematik telah berlaku?
|
|
11. Apakah bukti-bukti yang kita
persetujui, bukti-bukti yang tidak dipersetujui dan bukti-bukti yang berubah
dalam mentafsir dan menggunakan terminologi oleh pihak-pihak lain yang terlibat?
|
|
12. Apakah perubahan-perubahan organisasi
yang telah dibuat untuk disesuaikan dengan amalan-amalan kita? Apakah
perkara-perkara yang menghalang perubahan-perubahan tersebut daripada
berlaku?
|
|
13. Bagaimanakah bentuk
perubahan-perubahan dalam organisasi itu sebagai hasilan daripada
perubahan-perubahan dalam aktiviti, terminologi yang digunakan dan bentuk
organisasi yang telah kita rancangkan?
|
|
14. Bagaimanakah perhubungan sosial dalam
situasi ini boleh menjadi punca halangan kepada amalan-amalan dan perubahan
yang kita cadangkan?
|
|
15. Apakah pecanggahan di antara
terminologi dan wacana, aktiviti dan amalan, dan perhubungan sosial dan
organisasi dalam kerja kita? Percanggahan yang manakah lebih penting kepada
kita? Apakah langkah-langkah lain yang difikirkan boleh diambil untuk
mengubah percanggahan yang berlaku?
|
|
16. Adakah kajian semula tentang tumpuan
tema perlu dijalankan?
|
|
17. Bagaimanakah bentuk perancangan
semula yang perlu dilakukan?
|
|
18. Apakah tindakan atau pilihan
selanjutnya perlu ditetapkan? Kalau perlu, bagaimana?
|
Kesimpulannya,
di akhir peringkat RENUNGAN, kita sepatutnya boleh membuat keputusan. Apakah
yang akan kita lakukan selepas ini? Adakah kita akan membuat pengubahsuaian
kepada tumpuan tema? Adakah kita perlu memikirkan semula tentang peringkat
TINJAUAN? Adakah menjadi sesuatu yang lumrah untuk membuat perubahan-perubahan
tertentu di peringkat awal seperti dalam lingkaran yang pertama itu? Jawapan
bagi soalan-soalan tersebut menjadi maklumat sebagai titik tolak untuk membuat
tindakan susulan. Akhirnya, kita mempunyai arah yang lebih jelas dalam
penyelidikan yang dijalankan.
0 comments:
Post a Comment