BAB 6 PROGRAM
SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen
1.1 : Asrama
Pengawasan Asrama
4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
Pengenalan
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT
Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19.
Objektif
Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.
Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
Pinjaman dan Biasiswa
Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukan bantuan dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yang dimulakan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat.
Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan kerajaan:
Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Pinjaman dan Biasiswa MARA
Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berasaskan rasional berikut:
§ Terdapat beberapa program
kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program
bersepadu
§ Untuk mewujudkan satu sistem
yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah
berlandaskan kepada keperluan semasa
§ Hasrat untuk mewujudkan satu
program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan
warga sekolah
§ Keperluan untuk mewujudkan satu
program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya
§ Satu usaha yang meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam
menangani isu-isu kesihatan
§ Satu usaha yang teratur dan
berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang
terancang dan bersepadu
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
Program-program
pemakanan seperti Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) yang mula
diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979 dan diikuti
oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada tahun 1989, adalah antara
program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut. (Abdul Rahman,
1993).
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancang
dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.
Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
Pengertian Standard Guru Malaysia
" Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). "
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.
Rasional
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

§ Guru perlu mempunyai tahap
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka
berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
§ Agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar,
kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran,
serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan
lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
§ KPM sedang berusaha untuk
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan
showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan
diwujudkan, dan
§ Standard Guru Malaysia
menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian
Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am
pendidikan tinggi.
Tujuan
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
§ mengenal pasti tahap kompetensi
profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
§ mengenal pasti tahap penyediaan
dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
§ Standard Guru Malaysia akan
dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut
ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
Penggubalan
§ Penggubalan SGM adalah
berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
§ Pernyataan Standard dan
Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
§ Standard dan Keperluan yang
dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
§ Proses penggubalan dilaksanakan
secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.
Penggunaan
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:
Guru
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:
Guru
§ Membuat
refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
§ Mengenal
pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Pendidik Guru
di Institusi Latihan Perguruan
§ Membuat
refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
§ Mengenal
pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
§ Mengenal
pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau
peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
§ Mengenal
pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan
tahap pencapaian standard.
Pengurus dan
Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
§ Mengenal
pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
§ Mengenal
pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
§ Mengenal
pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.
Guru Besar dan
Pengetua Sekolah
§ Mengenal
pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
§ Menyediakan
dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh
guru.
Agensi Latihan
Perguruan
§ Mengenal
pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di
institusi latihan perguruan.
§ Mengenal
pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan.
§ Mengenal
pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.
Komponen SGM
Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Penutup

Glosari
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.
Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.
Institusi Pendidikan
Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
Standard
Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.
Keperluan
Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
Bilik Darjah
Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.
Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.
Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.
Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.
Kursus
Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Praktikum
Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.
Penilaian
Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Pihak Berkepentingan
Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.
Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Infrastruktur
Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.
Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.
Pengurusan Kualiti
Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.
1.8 : PIBG (Persatuan IbuBapa dan Guru)
Tujuan-tujuan Persatuan
a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
Fungsi Persatuan
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Keanggotaan Persatuan
Anggota Persatuan terdiri daripada:
a) semua guru di Sekolah;
b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa Persatuan
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:
a) seorang Yang Di-Pertua;
b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Bendahari; dan
e) .......... orang Ahli Jawatankuasa
Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.
Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.
Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.
Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
1.9 : Skim Baucer Tuisyen
PENGENALAN
Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskin dengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
OBJEKTIF
Membolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan agar setanding dengan murid yang lain.
KUMPULAN SASARAN
Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;
Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,
Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,
Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.
PELAKSANAAN PROGRAM
§ Setiap murid yang terpilih
diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran yang bernilai RM10.00.
§ Berdasarkan senarai murid yang
layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyen dengan menyediakan jadual waktu
tuisyen dan keperluan guru tuisyen.
§ Pegawai Pelajaran Daerah akan
melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada sekolah daripada pool guru tuisyen
SBT daerah.
§ Sekolah akan mengadakan kelas
tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.
§ JPN/PPD akan memantau dan
menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT kepada KPM.
PENUTUP
Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripada keluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan. Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah, guru tuisyen dan ibu bapa.

0 comments:
Post a Comment