1.3 : Pendidikan Sekolah Rendah

Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini, satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.


Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah. Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-alasan tertentu.

0 comments:

Post a Comment