Klasifikasi Personaliti
Berikut adalah beberapa klasifikasi personaliti yang biasa digunakan untuk mengenali personaliti manusia secara umumnya.

Schizoid
Suka bersendiri, pendiam, terlarut dalam fikiran sendiri. Mampu duduk dalam tempoh yang lama secara bersendirian sambil memikirkan sesuatu yang kompleks dan rumit. 
Tidak menunjukkan minat untuk bersosialisasi. Atau jarang menunjukkan minat untuk bergaul mesra dengan orang lain. Kerap kali tidak mengikuti perbualan ketika duduk berkumpulan. Selain daripada tidak memberi tumpuan dalam perbualan, kadangkala mereka terus bangun meninggal teman – teman tanpa sepatah kata. Jika dia duduk bersama teman – teman sekalipun dia kerap kelihatan seperti sedang berkhayal dan kaku di satu posisi yang tetap untuk suatu jangkamasa yang tertentu. Manusia dengan personaliti jenis ini selalu mencari jalan untuk tidak beramai – ramai bermesra dengan orang lain. Kekal bersendiri sambil berfikir, mrngkaji serta merenung sesuatu yang di minati adalah suatu kebiasaan bagi personaliti jenis ini. Publisiti bukanlah suatu yang penting buat mereka. Contoh nama – nama yang tersohor dalam kumpulan personaliti ini ialahEinstein, Kafka dan Issac Newton.

Histrionic
Personaliti yang bernyala dan damatik. Mereka suka berada di depan khalyak ramai sambil berbuat sesuatu yang menarik perhatian orang ramai. Perwatakan mereka yang pandai membuat manipulasi dan godaan secara langsung mudah menarik minat orang ramai. Personaliti jenis ini sangat menitik beratkan pujian dari yang lain yang mana jika dia menjadi seorang yang dikenali ataupun mashyur maka kehidupannya adalah lebih kepada berlebih – lebihan dan menunjuk – nunjuk. Hidup dengan tiada pujian dan tidak dipeduli oleh orang lain adalah merupakan keadaan yang cukup membosankan bagi kumpulan ini. Personaliti jenis ini adalah insan yang sangat imaginatif dengan khayalan yang penuh berwarna warni. Mereka tidak kisah untuk membuat perilaku yang agak  ‘gila – gila’ asalkan dapat menarik perhatian orang ramai. Contoh individu yang masuk dalam kumpulan ini ramai terutamanya penghibur dan juga individu yang hidupnya lebih kepada hendak menarik perhatian oraqng lain. Mereka tidak merasa diri mereka penting sehinggalah mereka boleh menarik perhatian ramai dan dihargai serta dipuji dengan apa yang mereka lakukan.

Narcisistic
Personaliti jenis ini juga mengambil banyak identiti dari personaliti jenis hostorionic. Dia pandai mengambil perhatian orang lain dan juga dalam bertutur bicara. Yang membuat dia  berbeza dari historionic ialah dia memanipulasi sesuati hal kerana ada agenda peribadi yang tersendiri lagi halus dan kadangkala tidak mudah di kesan. Personaliti jenis ini mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan lebih berkarisma dan bebas berbanding dengan jenis hitorionic. Di dasar hatinya dia seorang yang sombong, dan boleh bertukar zalim serta memandang rendah kepada orang lain. Dia mahu disukai, diminati serta dipuja oleh orang lain. Dia juga sangat imaginatif. Dia mahu orang lain rasa dihormati seandainya dia hadir di satu – satu lokasi. Personaliti jenis ini jarang berada dalam industri hiburan. Contoh nama besar dalam personaliti jenis ini ialah Hitler dan Napoleon.

0 comments:

Post a Comment