2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat
pendidikan menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.
PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan
selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan
pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik,
institut latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti
awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).
Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara
memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang
termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus
berdaya maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya
taraf negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.
Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru
ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang
perlu dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu
menangani cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap
negara maju sepenuhnya.
Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah
penubuhan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010
setelah penubuhan 12 kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana
rintis pada tahun ini.
Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara
tahun 2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap
satu politeknik sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti
awam untuk menampung 1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar
pada tahun 2010 juga akan dilaksanakan segera.
Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang
sedia ada segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej
universiti melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan
menambah bilangan kolej universiti serta universiti swasta baru.
Home
»
»Unlabelled
» Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- EDU3101 Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia
- EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak
- EDU3103 Murid dan Alam Belajar
- EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
- EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran
- EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
- EDU3108 Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
- EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa
- FPK
- Frog VLE
- Isu semasa pendidikan
- Nota Temuduga SPP
- Penyelidikan Tindakan / AR
- Pro forma
0 comments:
Post a Comment