PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling.  Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.
Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.  Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling.  Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahamikliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien.  Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi. 

KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:
1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor 

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan. 

2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling. 

3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu.  Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien.  Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor.Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional. 

4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.  Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain. 

5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. 

6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang. 

7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu. 

8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

1 comments:

  1. Wynn's new $200 million in marijuana bust warrant for
    The 남양주 출장샵 Wynn Resorts says it will take 광명 출장샵 a $200 동해 출장마사지 million 보령 출장샵 in marijuana bust warrant for a 논산 출장샵 Wynn Resorts $200 million joint venture worth $200 million.

    ReplyDelete