TEORI PSIKOANALISIS SIGMUND FREUD
Pengenalan
Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau merupakan  seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari Universiti Vienna.
Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang meluas dalam bidang itu mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja.
Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong beliau meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886. Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha Bernays. Keluarga bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada anak beliau adalah Anna, iaitu tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa buah buku penting yang masih dikaji sehingga sekarang. Antaranya adalah The Interpretation of Dreams, The Psychopathology of Everyday Life, Beyond The Pleasure Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its Discontents.
Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa psikoanalisis  itu  sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.
Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali didorong oleh keinginan daging sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dalam masyarakat.

0 comments:

Post a Comment