Perkembangan Kendiri
Zaman remaja bukan
sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga
keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu
perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial
(yang mungkin bertentangan), kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang
remaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta
norma-norma sosial.
Perkembangan Identiti
Setiap individu
mempunyai identiti.. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian yang
tepat tentang identity.
Ini disebabkan setiap identity seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Dari situ boleh juga secara rengkasnya identity bererti satu set cirri personaliti yang lebih kurang stabil.
Ini disebabkan setiap identity seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Dari situ boleh juga secara rengkasnya identity bererti satu set cirri personaliti yang lebih kurang stabil.
Individuasi merupakan
proses di mana remaja mula mempunyai satu identitii yang berbeza antara dengan
yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen,
membaharui perhubungan dan konsolidasi.
Fasa perbezaan yang
berlaku pada awal remaja, di mana dia akan tahu bahawa wujud perbezaan
antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remaja
menyoal dan membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul.
Mereka tidak akan melakukan perkara yang dicadangkan , ini semakin mendalam
apabila remaja itu sedar bahawa ibu bapanya bukanlah begitu sempurna seperti
yang dianggapnya semasa kanak-kanak.
Semasa amalan dan
eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan
kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar
kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen
terhadap rakan sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang
dicari-carinya.
Membaharui perhubungan
merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila dia telah
dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sediit
rasa gundah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan
ibu bapa dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Selalunya
remaja akan mencabar dan pada masa yang lain akan bekerjasama dan berdamai.
Pada fasa ini, didapati remaja sering cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab
di rumah tetapi akan merasa marah dan geram apabila ibu bapa berkeras untuk
memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke mana remaja itu
pergi.
Konsolidasi pula
merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada masa
ini remaja akan membina identity personaliti dan ini menjadi asas memahami
dirinya dan orang lain serta mengekalkan autonomi, kebebasan dan
individulitinya. Sebagai contoh remaja pada fasa ini berumur lingkungan 18 dan
19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha terhadap pencapaian
cita-citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara dirinya pada
masa hadapan. Proses individuasi ini berlanjutan masa zaman remaja dan
selalunya sehingga dewasa.
Perkembangan Konsep
Kendiri
Konsep kendiri
merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang
individu. Persepsi terhadap kendiri ternyata akan menentukan apa yang seseorang
itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendir juga membenarkan
seseorang individu menghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang
tidak akan menggugat keutuhan peribadi.
Konsep kendiri amat
penting kepada remja kerana pelbagai sebab. Oleh kerana mengalami peningkatan
kekuatan fizikal dan tahap autonomi semasa ini, remaja mula mempunyai darjah
kebebasan yang tertentu. Jika semasa ini remaja mempunyai konsep kendiri yang
tidak betul, maka sudah tentulah ia amat membahayakan kepada diri mereka dan
orang lain. Mereka mungkin akan menjadi devian, tiada keyakinan diri, tersisih dan
sebagainya.
Konsep kendiri remaja
juga berkaitan dengan cara remaja itu mempersepsikan dirinya secara fizikal.
Ekoran itulah remaja terlalu prihatin dengan bentuk tubuh badannya, fesyen
rambut dan baju menjadi symbol diri dan remaja mula gemar merayau-rayau di
kompleks membeli-belah.
Cara mengukuhkan
konsep kendiri antaranya adalah:-
- Pengukuhan melalui kesempurnaan kendiri
Cara ini merupakan
kaedah yang paling asas untukkukuhkan konsep kendiri atau dengan kata lain satu
proses menjadikan yang terbaik dan diri yang sebenar. Kesempurnaan kendiri
menekankan soal perkembangan potensi kendiri yang membina dan bukannya tumpuan
pada halangan-halangan hidup atau penyesuaian seperti takut, bimbang, kecewa
dan sedih. Kesempurnaan kendiri ini tidak semua remaja dapat mencapainya.
Walaubagaimanapun remaja perlu dibimbing untuk berusaha bergerak untuk
mencapainya.
- Pengukuhan melalui identifikasi
Identifikasi bermaksud
kemuncak niali dan tuuan hidup kendiri. Remaja tidak boleh membuat identifikasi
dengan orang lain dengan cara keterlaluan kerana dibimbangi mereka tiada
identiti kendiri, sukar menyatukan nilai-nilai orang lain dan akan hidup di
bawah bayang-bayang orang lain. Ini sering berlaku kerana remaja sering membuat
identifikasi dengan pelakon kesayangan atau penyanyi pujaan mereka yang
sebenarnya tidak dikenali. Hakikatnya, remaja perlu sedar tentang kewujudan
diri yang unik. Tidak salah membuat identifikasi dengan orang yang terkenal
dengan syarat tidak keterlaluan dan jika orang itu membuat remaja berazam untuk
berjaya.
- Pengukuhan melalui kecemerlangan dan pencapaian
Salah satu aspek yang
dapat menyumbang kepada pengukuhan kendiri remaja ialah kecemerlangan dan
pencapaian. Kedua-dua ini merupakan satu desakan untuk bersaing sesama sendiri
yang kemudiannya akan menentukan arah kendiri, membuatkan remaja lebih bebas
untuk membuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan
persekitaran dan lebih mempunyai keupayaan daya tindak.
- Pengukuhan melalui identiti
Identiti tidak sama
dengan konsep kendiri. Identiti merujuk kepada perasaan yang seseorang itu
berbeza dengan orang lain. Jika seseorang remaja memperolehi identity maka ia
jadi individu yang jujur dan unggul yang wujud bukan di bawah bayang-bayang orang
lain. Ia kan jadi individu yang bebas dan berkeyakinan. Krisis identiti pula
bermaksud satu tempoh masa bergelut atau satu tempoh masa secara aktif remaja
mempersoalkan diri dan hidupnya demi memperolehi satu keputusan kerjaya,
kepercayaan dan nilai.
0 comments:
Post a Comment