KAITAN
ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PERSONALITI INDIVIDU.
Menurut Rogers (1959) kendiri merupakan satu organisasi atau aturan persepsi
yang konsisten yang dilihat sebagai “aku”, “saya”, atau “diri”.Ini bermakna
kendiri merupakan definisi yang diberi oleh seseorang individu tentang dirinya
kepada orang lain secara sedar dengan menggunakan perkataan “saya” atau “aku”.
Konsep kendiri seorang individu itu akan kerap berubah kerana setiap manusia
akan cuba mencapaiaoa yang diingininya. Namun begitu, setiap individu akan cuba
untuk mengekalkan kualiti asal yang ada pada dirinya sendiri. Hal ini
bergantung kepada pengalaman seseorang tentang pelbagai hal dari zaman
kanak-kanak serta persepsi keseluruhan yang ada pada diri individu tersebut.
Konsep kendiri terbentuk daripada perasaan penerimaan orang lain terhadap
dirinya dan bagaimana layanan yang diperolehi daripada keluarga, masyarakat dan
persekitaran. Ini bermakna penilaian terhadap konsep kendiri dapat dilihat
daripada tiga sumber. Sumber yang pertama ialah kasih sayang atau sokongan yang
diterima daripada persekitaran. Sumber kedua ialah kemampuan dan keupayaan diri
dan sumber yang terakhir ialah penerimaan keluarga dan masyarakat sekitar
terhadap dirinya.
Menurut Rogers, dalam diri setiap individu terdapat diri unggul iaitu bentuk
atau konsep kendiri yang amat diingini oleh seseorang. Diri unggul ini
mempunyai elemen seperti persepsi dan makna yang relevan pada dirinya serta
sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
Sebagai kesimpulan, personaliti seseorang itu mempunyai perkaitan kuat dengan
konsep kendiri. Ini kerana personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri
yang dimiliki oleh seseorang individu, seperti cara berfikir dan beremosi yang
membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
0 comments:
Post a Comment