Pengenalan Asas
Grafik
REKABENTUK
GRAFIK
Visual
ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik
daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual
adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual
dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada
kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual
tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang
digunakan.
PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN
Visual
membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik umpamanya
membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar dengan
cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi.
Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga dapat
menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur berlainan.
Visual
jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan pencapaian
1. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit
2. Memotivasikan
pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
3. Memudahkan
idea atau maklumat yang sukar difahami
4. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama
kapur dan tutur
5. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi
bentuk bukan visual seperti tutur atau perkataan
Rebentuk
visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima
(pelajar)
1. Mempastikan
kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
2. Mudah
untuk interpretasi mesej
3. Dapat
libatkan dan tarik perhatian pelajar
4. Dapat
tarik perhatian kepada perkara yang terpenting
Tipografi adalah
olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah atau
ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan
penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan
penggunaan petanda atau ‘signal’ seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain-lain
lagi
Untuk menyediakan
visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan tiga elemen reka bentuk
visual berikut:
1. Elemen
Visual (Pilih jenis visual)
2. Elemen
Verbal (Pilih jenis huruf)
3. Elemen
yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)
PRINSIP ASAS REKABENTUK
VISUAL
Prinsip
Asas Rekabentuk Visual dibahagikan kepada tiga kumpulan
1. Elemen
: memilih dan mengendalikan elemen visual
2. Corak
: memilih corak untuk memapar elemen
3. Susunan
: menyusun elemen membentuk corak
0 comments:
Post a Comment