APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH
Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid.

            Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya
para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima.

            Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka.

            Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Post a Comment