PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING

Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;
* PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN
* PENJELASAN
* PENSTRUKTURAN
* PERHUBUNGAN
* PENEROKAAN
* PENGUKUHAN
* PENGUKUHAN
* PENAMATAN

Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.


Peringkat Permulaan
1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.

2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu


Peringkat Pertengahan
1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian.

2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.

3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.


Peringkat Penamatan
1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:

· Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.

· Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.

· Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.

0 comments:

Post a Comment