PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Mengikut Woofolk&
Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami
perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perkembangan fizikal
ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan,
berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.
Selain itu,
perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan
dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari
segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri
dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.
Pada peringkat
kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih
stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat
sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini
lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang
sedia ada.
Pada peringkat umur 6
hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa
perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara
perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti
dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan
baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang
diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah
permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.
Perkembangan fizikal
akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin
berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat,
melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan
dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik
dan membantu perkembangan kemahiran motor.Kemahiran dalam penulisan juga
semakin berkembang.Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah
didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.
Ketika umur meningkat
kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara
sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada
ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada
ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal
berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks
kepada pertumbuhan badan.Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan
mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.
0 comments:
Post a Comment