Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang, kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.
Related Posts
TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI
TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI Tokoh Teori Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert E...Read more
TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN)
Normal 0 false false false EN-US ZH-CN X-NONE ...Read more
TERAPI SENI
DEFINISI TERAPI SENI•Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media se...Read more
Terapi main
Terapi main Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti y...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- EDU3101 Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia
- EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak
- EDU3103 Murid dan Alam Belajar
- EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
- EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran
- EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
- EDU3108 Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
- EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa
- FPK
- Frog VLE
- Isu semasa pendidikan
- Nota Temuduga SPP
- Penyelidikan Tindakan / AR
- Pro forma
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.