MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE
Tanpa perancangan
yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan
dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh
menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi perkara asas berikut:
(a) menentukan
keperluan pelajar;
(b) menentukan
matlamat dan objektif;
(c) membina
prosedur penilaian;
(d) mereka bentuk
dan memilih strategi penyampaian;
(e) mencuba sistem
pengajaran; dan
Model ASSURE
Model ASSURE
merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses
pemilihan dan penghasilan media.
Model
ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:
A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih
kaedah, media dan bahan)
U–Utilise media and mater
R–Require learner participation (
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)
PERANAN
DAN KEPENTINGAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina
disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
0 comments:
Post a Comment