Sejarah Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada penyelidikan awalnya, beliau menitik-beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan hasil pengeluaran kilang.
Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik sahaja selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka dan perhubung antara kumpulan sosial.

Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya dalam penyelidikan pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan. Teachers College, University of Columbia telah menjadi pusat penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan. Stephen Corey, dekan Teachers College university tersebut pernah menjadi penganjur (advocate) penyelidikan tindakan yang berpengaruh. Selain daripada beliau, Kenneth Benne, Hilda Taba dan Abraham Shumsky juga memperjuangkan bidang ini.

Selama satu dekad penyelidikan tindakan dalam pendidikan telah mengalami zaman kegemilangannya, tetapi ianya telah merosot pada akhir tahun 50an. Kemerosotan penyelidikan tindakan ini telah disebabkan oleh perkembangan penyelidikan yang memisahkan antara teori dengan praktik dalam penyelidikan. Kemerosotan penyelidikan tindakan ini berlarutan sehingga awal tahun 1976. Minat terhadap penyelidikan tindakan timbul semula dengan wujudnya Ford Teaching Project di United Kingdom di bawah penyeliaan John Elliott dan Clein Adelman. Projek ini diasaskan di Centre for Applied Research in Education, University of East Anglia dan telah melibatkan usahasama (collaborative) guru-guru untuk nienjalankan penyelidikan tindakan dalam bidang mereka, terutama dalam pendekatan engajaran-pembelajaran inkuiri/penemuan (Elliott 1976-77). Penyelidikan ini berdasarkan konsep tentang penilaian kendiri guru (self-monitoring teacher) yang berasaskan pandangan Lawrence Stenshouse (1975), Beliau menyatakan bahawa guru merupakan penyelidik dan juga pakar dalam profesionnya. Sejak penglibatan Elliott dalam Ford Teaching Project, beliau telah meneruskan perkembangan teori dan praktik penyelidikan tindakan dan telah menubuhkan suatu rangkaian penyelidikan iaitu 'Classroom Action Research Networjkf di Cambridge Institute of Education.

Minat terhadap penyelidikan tindakan berkembang pula di Australia dan benua Eropah, manakala di Amerika Syarikat minat ini muncul semula kerana timbulnya kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pendidikan dan profesionalisma perguruan. Minat terhadap penyelidikan tindakan ini juga timbul disebabkan wujudnya kepekaan guru terhadap profesionalisma perguruan akibat dari kritikan masyarakat dalam tahun 70an dan 80an. Kesedaran bahawa penyelidikan tindakan ini berguna untuk memperbaiki pengajaran melalui renungan kendiri yang kritis telah inencetuskan semula minat terhadap penyelidikan tindakan.

Kini konsep penyelidikan tindakan telah mula menyerap ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan-perubahan di dalam sistem pendidikan telah menimbulkan kesedaran untuk nieningkatkan profesionalisma perguruan. Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma perguruan yang bersesuaian dengan hasrat pendidikan hari ini adalah dengan menjalankan penyelidikan tindakan supaya bentuk terhadap kualiti peningkatan profesionalisma guru dapat ditentukan.

Mengapa Penyelidikan Tindakan

Masyarakat yang sentiasa berada di dalam proses perubahan mengharapkan guru untuk menyesuaikan peranan mereka dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Guru bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tetapi perlu juga menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Transisi kepada satu masyarakat yang berubah dengan cepat, mendesak guru untuk memainkan peranan yang lebih dinamik dan mempunyai kesedaran diri serta sedia meneliti semula kandungan dan anggapan-anggapan asas tentang kurikulum di semua peringkat.

Pada masa ini terdapat satu trend yang mendesak guru supaya mengurangkan pengajaran secara berkuliah kepada murid tetapi lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran yang berasaskan aktiviti dan pembelajaran melalui pengalaman. Dengan itu perlulah seorang guru itu sentiasa merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugasnya. Ini akan memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalismanya. Oleh itu ternyatalah perlu dihasilkan satu model baru pendidikan guru dan amalan pendidikan. Tujuan asas langkah tersebut adalah untuk menghasiIkan guru yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik akibat-akibat aktiviti pengajaran-pembelajaran serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya.

Pengajaran perlu dijadikan satu amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri. Penyelidikan pendidikan tidak semestinya menjadi hak dan kepunyaan satu golongan cendekiawan atau pakar sahaja. Ia perlu dijadikan sebagai sebahagian dari aktiviti kebiasaan sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan. Ia perlu menjadi satu saluran untuk perkembangan intelektual dan sosial setiap individu serta memberi sumbangan terhadap perkembangan negara dalam konteks kecekapan profesional dalam penerapan nilai-nilai murni.

Perkembangan profesional perlu dihubungkaitkan dengan peningkatan dalam pendidikan yang bermutu untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar.Ini memerlukan penekanan kepada pelbagai perkhidmatan sokongan untuk membantu guru sebagai penyelidik. Konsep guru penyelidik adalah berkaitan dengan pengukuhan kemahiran guru dalam membuat penentuan dan seterusnya kepada perkembangan perlakuan berasaskan arahan kendiri. Guru sebagai penyelidik boleh menguji implikasi teori pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya menghasiIkan teori dan amalannya. Guru perlu bertanggungjawab ke atas proses pendidikan di dalam bilik darjah.

Penyelidikan Tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan profesional seseorang guru atau pensyarah. Penyelidikan tindakan ini akan membolehkan kita memainkan peranan utama di dalam arena penyelidikan kerana penyelidikan tindakan ini bertempat di dalam persekitaraan pengajaran. Ia juga dijalankan oleh guru yang mengamalkannya dan gurulah yang akan menggunakan dapatan ini secara serta merta dalam amalan hariannya. Penyelidikan seperti ini akan membantu kita mengubah amalan dari dalam dan dengan itu akan membolehkan kita terus memahami dan mengongsikan pengalaman ini dengan para guru lain.

Guru perlu berusaha untuk memahami tujuan dan hasratnya sendiri tentang pengajaraii dan pembelajaran supaya boleh bergerak kearah pencapaian satu realiti tentang apa yang terlaku dalam bilik darjah. Penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru untuk mengharagi interprefcasi orang lain supaya ia dapat mengubahsuaikan amalannya dalam bidang penyelidikan. Dengan itu guru dapat mengendalikan amalan pendidikannya dalam satu situasi yang benar supaya boleh mendatangkan manfaat kepada semua . Penyelidikan tindakan juga boleh menghasilkan usahasasna di kalangan pendidik dan dengan itu membolehkan seseorang pendidik itu bekerja dengan orang lain, untuk orang lain dan untuk dirinya sendiri.

Penyelidikan tindakan membolehkan guru-guru bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan mengujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersemangat dan dinamik. Dalam pendidikan, penyelidikan tindakan telah digunakan dalam perkembangan kurikulum berasaskan sekolah, perkembangan profesional, program kemajuan sekolah dan perkembangan perancangan sistem dan dasar pendidikan.

Oleh itu adalah jelas bahawa perlunya pendidik guru menilai amalan yang berlaku masa kini dalam bidang pendidikan untuk menolong guru-guru pelatih di maktab perguruan menjadi guru-guru terlatih yang berwibawa. Pendidik guru memberi guru-guru pelatih pengetahuan dan maklumat melalui kuliah. Adalah penting pendidlk guru melatih mereka supaya berupaya menghadapi perubahan-perubahan semasa bertugas. Pendidik guru perlu sentiasa menyelidik dan membaharui strategi pengajaran-pembelajaran diri sendiri dan juga strategi pengajaran-pembelajaran yang disampaikan kepada guru pelatih, Ini boleh dijalankan melalui penyelidikan tindakan.

Guru pelatih harus dapat mengenalpasti masalah mereka dan merenung amalan dan ideologi mereka dari perspektif yang lebih luas. Mereka juga harus dapat menggunakan pelbagai teknik pemerhatian dan penyelidikan supaya mereka boleh mengesan dan merenung aktiviti-aktiviti diri sendiri dan orang lain. Mereka juga harus dapat menyeimbangkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kebolehan untuk bekerja sebagai ahli kumpulan, berhubung dan bertukar idea-idea, memerhati dengan menggunakan pelbagai cara, membuat analisis dan menilai data-data yang telah dikumpul - menilai diri sendiri dan mengkritik hal semasa dari sudut moral dan sosial. Di samping itu nilai-nilai seperti berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan berdedikasi perlu dipertingkatkan.

Adalah perlu dijalankan inkuiri yang kritis dan ini boleh dilaksanakan melalui; kerja kumpulan, pendedahan kepada konteks sosial yang lebih luas, penilaian kendiri, penilaian rakan sejawat dan pembelajaran melalui pengalaman sendiri. Sebenarnya penyelidikan tindakan adalah satu cara untuk menambahkan pengalaman mengajar guru pelatih kerana ini akan memberi peluang dalam usaha memperkukuhkan perkembangan profesionalisme guru pelatih sebagai guru yang berupaya untuk sentiasa menilai diri sendiri.

Ciri Usahasama (Collaboration) dalam Penyelidikan Tindakan (Pembinaan Komuniti Pembelajaran)

Penyelidikan tindakan bertujuan untuk melibatkan manusia dalam penerokaan dan peningkatkan mutu amalan kerja manusia dalam penerokaan dan pemngkatkan mutu amalan kerja dan kefahaman terhadap amalan kerja, serta suasana bekerja. Dalam situasi yang unggul, penyelidikan tindakan melahirkan suasana usahasama di antara rakan sekerja untuk bclajar bersama. Contohnya:

  1. sekumpulan pensyarah dalam satu Jabatan;
  2. sekumpulan pensyarah yang menyelidik tentang suatu bidang yang sama, merentasi Jabatan atau;
  3. seorang pensyarah dengan guru pelatihnya.
Kumpulan seumpama itu mungkin bertujuan untuk membina satu komuniti pemberajaran.

Satu-satu kumpulan itu bolehlah dikatakan satu komuniti apabila;
  1. ahli kumpulan itu berkongsi atau cuba berkongsi pandangan dan nilai yang sama.
  2. perhubungan antara mereka berbentuk peribadi (rapat), langsung, bersemuka dan pelbagai corak (apabila ahli komuniti menghadapi / mempunyai keperhatinan yang luhur antara satu dengan lain)
  3. perhubungan di dalam kumpulan bukan semata-mata mengikut hiraki atau individulistik, Sebaliknya bercirikan perimbangan timbul balik (tindakan bukan hanya untuk kebaikan seseorang sahaja atau beberapa orang tetapi untuk kebaikan bersama).

0 comments:

Post a Comment