PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI
PSIKOANALISIS
Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau
perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi
ketiga – DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya personaliti manusia
ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis
telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan
super ego.
Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)
Id
adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar. (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).
Teori
psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua perbuatan atau gejala manusia yang
neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id. Keadaan id atau ciri-ciri id
seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya id itu diturunkan,
semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada sedia dalam
diri manusia itu. Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku bawah
sedar iaitu menjadi sumber kepada
LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct)
dan THANATOS( Naluri Kematian- death instinct),
lebih primitif , tidak tersusun, tidak rasional, dan lebih kepada oreintasi
kehendak nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada
kepuasan.
Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)
Ego
adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi
kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan
Edisi ketiga – DBP). Ego secara keseluruhannya terbentuk melalui
pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego tidak wujud sewaktu kelahiran.
Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan pelbagai persepsi,
inginkan kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu mengikut
keadaan. Ego berkembang dengan hubungan atau perantaraan secara
sosial dengan orang lain atau alam sekeliling. Keseluruhannya ego mempengaruhi
personaliti seseorang dan perkembangan ego haruslah melalui proses pendidikan.
Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat
bertindak terhadap keadaan yang mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan
konsep ego dalam keadaan kecemasan ini adalah melalui pengalaman. Maksudnya
penyelesaian masalah lebih berasaskan kepada pengalaman dan keadah menetang,
menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan yang sebenar kepada tidak
sebaliknya. Proses ini adalah dikenali sebagai makenisma bela diri ego.
Super Ego
(Prinsip Moral - Moral Principle)
Super ego adalah
bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan
dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita
melakukan kesalahan (Kamus Dewan
Edisi ketiga – DBP).
Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam
pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri
seseorang atau kesedaran suara hati seseorang. Super ego ini penting untuk
penentuan kepada tingkahlaku moral yang baik. Perkaitan super ego berdasarka
moral dipelajari melalui asuhan ibubapa,
dipelajari daripada masyarakat, dan seterusnya kepada penerapan moral itu
sehinnga sebati dalam diri.
Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego
dan id. Super ego ini mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak
sebagai makenisma pengingat yang tertumpu kepada kebaikan seseorang.
0 comments:
Post a Comment