FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
PERSONALITI
Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi
personaliti seseorang itu.Dua faktor yang utama tersebut adalah factor
baka/genetik dan factor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak
akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.
FAKTOR BAKA/GENETIK
Faktor genetik
merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi
personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan
fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.
a.
Menurut
Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat dengan
bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada
tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan
ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan
perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang
berkenaan.
Jenis bentuk badan
|
Rupa bentuk badan
|
Ciri-ciri personaliti
|
Endomorf
|
Bulat dan lembut
|
Trait
Viscerotinia:
Suka
bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur.
|
Mesomorf
|
Otot-otot kuat, berkemahiran
psikomotor
|
Trait
Somatotonia:
Tegas,
agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.
|
Ektomorf
|
Kurus dan
tinggi
|
Trait
Cerebrotonia:
Tidak suka
bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.
|
b.
Selain daripada bentuk badan, keadaan
fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma), kencing manis dan
sebagainya, yang kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik, pula
mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang
kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan
lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi
perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti
introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.
c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait
rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Misalnya, individu
yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri
personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan
bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga
mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu
mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.
d.
Disamping
itu emosi yang diwarisi juga boleh
mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang
tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.
Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat
mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular
serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.
FAKTOR
PERSEKITARAN
Persekitaran
memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang
individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat
dan pengalamannya.
KELUARGA
Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula
dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis
boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa
yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk
perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.
Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam
perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan
adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat
kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan
perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan
personaliti seseorang itu.
Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga
memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan
kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan
ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak.
Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh
bermain pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang
tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.
KEBUDAYAAN
Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza.
Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan
mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan
kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni
sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi
nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan
seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan
menonjolkan personaliti yang seimbang.
PENGARUH SEKOLAH
Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi
pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting
berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat
mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung
kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika
corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk
personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan.
Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar
akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif
dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk
perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru
adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif
yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.
RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu
faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang.
Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya
juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab
itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.
Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang
negatif.
MEDIA MASSA
Pada zaman yang moden membangun ini, media
massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan
seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang
penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu,
pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin
perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan
kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan
sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif.
Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak
ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan
intelek seseorang pelajar.
PENGALAMAN AWAL
Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi
perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil,
membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa
bimbang dan bersalah.
Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada
pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati
dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada
di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif
seseorang kanak-kanak.
MASYARAKAT
Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat
boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh
masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta
benda.dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar
kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan
melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan
rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana
nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.
Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma
masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan
menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia
untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.
0 comments:
Post a Comment