Tingkah Laku Bermasalah Bilik Darjah
Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam
satu jangka masa lama yang akan
memberi kesan buruk dalam perkembangan
pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
Definisi
Masalah Tingkah Laku
Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat
didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan
oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika
dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan
memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya
menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.
1.1
Kategori
Tingkah Laku Bermasalah
Terdapat ahli teoris yang membincangkan tingkah laku
bermasalah dari segi kategori seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Antara kategori yang disyorkan termasuk: bukan masalah; masalah ringan; masalah
serius yang terhad skop dan kesan; masalah yang meningkat serius atau merebak.
1.1.1
Bukan
masalah
Merangkumi tempoh ketidaktumpuan perhatian yang ringkas,
percakapan ringkas semasa pertukaran waktu atau aktiviti kelas, berkhayal
seketika, hentian singkat semasa membuat tugasan. Tidak ditakrifkan sebagai
tingkah laku bermasalah. Disyorkan supaya tidak diendahkan.
1.1.2
Masalah
ringan
Meliputi perbuatan yang melanggar peraturan dan prosedur
bilik darjah. Misalnya, bangun dari tempat duduk tanpa kebenaran, menghantar
nota, makan gula-gula, membuang kertas merata-rata dan bercakap tanpa berhenti
semasa kerja individu. Tidak berterusan dan hanya terhad kepada sebilangan
kecil murid sahaja.
1.1.3
Masalah
serius yang terhad skop dan kesan
Termasuk tingkah laku yang mengganggu aktiviti
pembelajaran. Tidak kerap berlaku dan hanya seorang atau dua orang murid
sahaja. Misalnya, seorang murid yang tidak mahu memberi tumpuan langsung pada
hari tersebut sahaja, jarang menyempurnakan tugasan, dan enggan membuat
sebarang tugasan yang diberikan.
1.1.4
Masalah
yang meningkat serius atau merebak
Termasuk segala masalah ringan yang telah menjadi amalan
biasa atau rutin harian, mengancam kawalan murid dan persekitaran pembelajaran.
Misalnya, ramai murid yang merayau-rayau dalam kawasan bilik darjah sambil
memberi komen-komen yang bukan-bukan, percapakan sosial yang berterusan
walaupun disuruh berhenti oleh guru, enggan bekerjasama dengan guru.
0 comments:
Post a Comment