JENIS-JENIS BAHAN 2D
Gambar atau gambar foto:
Gambar
foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar
rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di
atas kertas foto atau filem.
Melalui rakaman kamera boleh menggambarkan peristiwa
atau keadaan sebenar apa yang dirakamkan. Pada masa ini, dengan penggunaan
kamera digital, gambar foto boleh dihasilkan untuk tujuan cetakan atau digunakan
sebagai paparan dalam media tayang. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk
dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti
harian, sejarah sains, hobi dan lain-lain.
Panduan Penggunaan Gambar foto:
a.
Gunakan gambar foto yang besar agar dapat
dilihat dengan jelas oleh semua murid.
b.
Letakkan gambar foto di atas alas atau
pemegang/ kaki/ diletakkan di atas papan kapur supaya gambar foto berkedudukan
tegap.
c.
Hadkan jumlah gambar foto yang akan digunakan
pada satu-satu masa.
d.
Gunakan satu gambar foto pada satu-satu
ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
e.
Beri soalan yang bersangkutan dengan
gambar foto yang dipamerkan.
Kebaikan Gambar foto:
a. Gambar
boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ida-idea yang
maujud dan formal.
b. Gambar
mudah didapati dan dihasilkan.
c. Tidak
memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali jika gambar terlalu
kecil.
d. Penggunaan
gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran
dari set induksi hingga ke penutup.
e. Gambar
dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid
dengan jelas dan tepat.
Kelemahan gambar foto:
a. Kadangkala
gambar terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam bilik
darjah yang besar.
b. Tidak
dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar
berbentuk dua dimensi.
c. Kaku
dan mungkin konsep sebenar bahan yang ditunjukkan tidak dapat disampaikan kepada
murid dengan sepenuhnya.
d. Kadangkala
gambar yang ditunjukkan tidak mempunyai warna, kesahan tidak dapat dibuktikan.
e. Gambar
foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Kemungkinan murid tersilap
membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Grafik
Grafik adalah gambar yang dilukis dalam
bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Guru perlu berhati-hati kerana telah
terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan
oleh grafik. Pandangan dan intepretasi setiap individu adalah berbeza mengenai
maksud sesuatu grafik yang dilihat olehnya. Keadaan ini menjadi dasar yang
digunakan dalam Ujian Warna ’Rorschach ColorTest’ oleh ahli-ahli psikologi
untuk menguji personaliti seseorang.
Guru mestilah memberi pandangan semasa grafik
digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin
rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang
diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang bahan
grafik yang digunakan.
Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan
gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah
berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama
iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah
pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta
patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat
menyampaikan mesejnya melalui visual.
Jenis-jenis Carta:
a. Carta Organisasi
Menunjukkan hubungan atau rantaian
pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan
sebagainya.
b. Carta Klasifikasi
Carta ini digunakan untuk mengkelaskan atau
menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi
haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
c. Carta Masa
Menggambarkan hubungan masa dan peristiwa,
berguna untuk meringkaskan masa
satu siri peristiwa yang telah berlaku.
d.
Carta Jadual
Menunjukkan keterangan data dan nilai yang
memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan
berlaku.
e. Carta Urutan
Menggambarkan satu siri urutan atau sekuen
atau prosedur atau tatacara atau tatacara atau aliran suatu proses atau
tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya
mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set
nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada set dataitu. Graf merupakan satu
persembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa
digunakan. Pemilihan graf untuk kegunaan bilik darjah bergantung kepada dua
faktor yang penting iaitu:
i.
Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan.
ii. Tahap fahaman atau penerima murid.
Tujuannya supaya penggunaan graf menjadi amat
efektif , guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor di
atas.
Jenis-jenis graf:
1. Graf Bar atau Batang
2. Graf Gambar atau Pictigrafi
3. Graf Bulat atau Pie
POSTER
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang
menggabungkan penggunaan garisangarisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam
satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu.
Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau
acara yang bakal diadakan.
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam
bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi
menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus
berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau
peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
Kelebihan:
a.
Sebagai perangsang untuk menarik minat murid
kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa tertentu di sekolah.
b.
Sebagai satu motivasi menggalakkan murid
menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber,
Kempen Gerakan Membaca dan lainlain.
c.
Sebagai peringatan keselamatan di dalam
makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.
d.
Sebagai promosi untuk memberi latihan atau
membentuk amalan kesihatan yang abik ayau sikap yang murni.
0 comments:
Post a Comment