Analisis
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dua
aspek yang perlu ditekankan dalam menganalisis FPK iaitu cabang-cabang falsafah
dan elemen-elemen yang terkandung. Analisis FPK merujuk kepada cabang-cabang
falsafah:-
Metafizik
Epistemologi
Aksiologi
Logik
Metafizik
Epistemologi
Aksiologi
Logik
Cabang Falsafah
|
Ciri-ciri FPK
|
Implikasi
|
Metafizik
|
Menyeluruh dan bersepadu.
Maksudnya: badan ilmu sejagat yang
harus diajar oleh guru dan dipelajari oleh murid
|
§ Potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu
|
Epistemologi
|
Usaha yang berterusan.
Maksudnya: ilmu sentiasa berubah,
Tiada ilmu mutlak
|
§ Penyesuian diri mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa
amat penting, misalnya teknologi maklumat(ICT), k-ekonomi dan sebagainya,
§ Perubahan ilmu akan menggalakkan perkembangan pengetahuan dan
kemahiran diri,
§ Penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat
|
Aksiologi
|
(i)Kepercayaan dan kepatuahan kepada
Tuhan.
Maksudnya:l unsur kewujudan, peranan
agama,
(ii)Berakhlak mulia dan
betanggungjawab.
Maksudnya: peranan nilai moral, etika
dan sahsiah
|
§ Peranan hubngan vertikal (iaitu: individu dengan Tuhan),
§ Peranan hubungan mendatar( iaitu: individu dengan orang lain,
individu dengan alam sekeliling,
§ Penerimaan Tuhan sebagai Pencipyta yang Maha Esa
§ Kepentingan pengajaran agama dan moral,
§ Fokus kepada pembinaan insan,
§ Penekanan kepada perkembangan sahsiah
|
Logik
|
Berketerampilan.
Maksudnya:kepentingan penaakulan sah
dan tidak sah.
|
§ Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan betul
§ Pemupukan kompetensi diri
|
Analisis
FPK yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung pula adalah:-
Elemen-elemen FPK
|
Implikasi
|
Pendidikan suatu usaha berterusan
|
§ Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,
kemahiran dan nilai murni,
§ Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan
bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat,
§ Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas
sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam
tahun,
§ Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh
persekolahan,
§ Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus
meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka,
§ Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
|
Perkembangan potensi individu
|
§ Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat dan potensi dan
kebolehan yang mungkin terpendam,
§ Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi
sosial dengan orang lain dan alam sekeliling,
§ Pendidikan seharusny memberi peluang individu unbtuk berkembang
bakat, potensi dan kebolehan mereka.
|
Perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu
|
§ Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara
berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama lain,
§ Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat
aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
|
Insan yang seimbang dan harmonis
|
§ Amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang
baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani)
dan kesihatan diri yang baik(jasmani)
§ Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan
individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain,
§ Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala
cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
|
Unsur intelek
|
§ Mempunyai kemahiran asa 3M: membaca, menulis dan mengira,
§ Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar,
§ Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif,
§ Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan
persekitaran(menyebarluaskan ilmu)
|
Unsur rohani
|
§ Menyedari dan percaya kepada Tuhan,
§ Bersyukur dengan pemberian Tuhan,
§ Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
|
Unsur emosi
|
§ Mempunyai emosi yang matang dan stabil,
§ Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang,
§ Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
|
Unsur jasmani
|
§ Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal,
§ Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan
sosial,
§ Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan
masyarakat.
|
Kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
|
§ Mengakui tentang kewujudan Tuhan,
§ Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam,
§ Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang
ditetapkan oleh Tuhan,
§ Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
segala perbuatan dan tindakannya,
§ Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti
|
Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan
|
§ Cintai ilmu pengetahuan
§ Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca,
§ Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka
|
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
|
§ Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri,
§ Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan semprna,
§ Berpandangan jaun dan berinisiatif,
§ Memupuk pembawaan diri yang baik
|
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
|
§ Mempunyai perwatakan diri yang baik,
§ Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip
hidup.
|
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
|
§ Boleh dipercayai
§ Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah
dan harus dilaksanakan dengan baik
§ Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap,
§ Mematuhi peraturan dan undang-undang negara,
§ Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyrakat, agama,
bangsa dan negara.
|
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
|
§ Berfikiran waras dan berjiwa tenang,
§ Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
|
Rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan negara
|
§ Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi,
bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya,
§ Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar
yang ditetapkan,
§ Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara,
§ Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara,
§ Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
|
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri
|
§ Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi,
§ Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup
|
Sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
|
§ Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup,
§ Memupuk kesefahaman keluarga,
§ Mematuhi norma masyarakat,
§ Cintakan negara.
|
Implikasi
FPK terhadap Sistem Pendidikan Negara
Hasil
daripada pembelajaran dan pemahaman tentang FPK, dapat disimpulkan beberapa
implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Pertama, FPK adalah satu dokumen
rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini
serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah
dihayati dan diusahakan oleh kaum politik pendidik bagi memastikan hasrat
Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar
FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka
melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan
masing-masing.
Kedua,
para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Dalam
hal tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat
dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Sehubungan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu
dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,
kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.
Ketiga,
para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka
bukan hanya terbatas dan tertumpu pada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja.
Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius.
Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara
menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan
tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara.
Konklusinya,
jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat
dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian
sahaja.
canlı sex hattı
ReplyDeleteheets
salt likit
salt likit
puff bar
FEQAEV
hatay
ReplyDeleteığdır
iskenderun
ısparta
istanbul
8UKE5M
https://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
XRS