Implikasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem Pendidikan Negara
Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan kurikulum
sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Negara . Ini
meliputi :
·
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
·
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran.
· Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis.
·
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar
dalam bidang vokasional dan teknologi.
Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap pendidik
dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
·
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi
yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
·
Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan,
berketrampilan serta berakhlak mulia.
Implikasi terhadap institusi pendidikan
Perubahan organisasi
sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar
mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
·
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial, secara menyeluruh dan seimbang.
·
Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai
murni dalam jiwa pelajar.
Kesimpulannya, jika para pendidik
berpegang kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan tugas
mereka, maka sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi
kenyataan.
0 comments:
Post a Comment