FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK
1. Faktor agama:
Agama
Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian,
Agama Budhha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan
faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan
Falsafah Pendidikan Negara.
2. Faktor sosial:
Masyarakat
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara
bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha
mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.
3. Faktor politik :
Sebagaimana
yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada
ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan
Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk
ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan
dasar pendidikan negara.
4. Faktor ekonomi:
Rakyat
Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan
meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan
berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
5. Faktor individu:
Potensi
individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
harmonis. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap
bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi
cabaran hidup dengan tenang.
6. Faktor sejagat:
Pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada pengaruh
perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke
atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan
negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment