Kejadian Manusia
Dari Perspektif Agama
Kejadian Manusia
Dari Perspektif Agama Islam.
· Manusia pertama yang diciptakan oleh
Allah SWT ialah Adam a.s.
· Daripada Adam, Allah menciptakan
Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga
ke hari ini.
· Al-Quran memberikan penjelasan yang
terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari air, tanah (at-turab),
dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib),
dari tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras
seperti tembikar (salsal kalfakkhar) dan meniupkan roh.
"Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk"
Kejadian
Manusia Dari Perspektif Agama Kristian.
· Kitab suci Bibble iaitu di dalam
Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan
ialah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (2:7):
"then the LORD God formed man from the dust of the ground...."
· Paradigma Kristian mengenai Adam ada
dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.
· Adam Pertama disebutkan sebagai
"Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan
menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya.
· Mempercayai kehidupan di alam
akhirat selepas mati.
· Manusia dilahirkan dalam keadaan
berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan
oleh Adam.
· Pensaliban Jesus adalah lambang
pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
· Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut
Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu
membuat pengakuan dihadapannya.
Kejadian
Manusia Dari Perspektif Agama Buddha.
· Kejadian manusia menurut Buddha
Dhamma agak unik.
· Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya,
Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari
air dan gelap gelita.
· Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan
lelaki atau perempuan.
· Mereka memiliki tubuh yang bercahaya
dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan
sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.
· Makhluk-makhluk yang serakah mulai
mencicipi tanah itu dan tengiur akan sari tersebut.
· Lalu, tubuh mereka memadat dan dan
bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan
sari tanah.
· Mereka yang indah memandang rendah
dengan bentuk tubuhnya yang jelek.
· Setelah waktu yang lama, sesuai
dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan
bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelakiannya dan yang wanita
jelas kewanitaannya.
· Kemudian mereka saling memperhatikan
keadaan diri antara satu sama lain dan kerana tumpuan perhatian yang semakin
mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.
Kejadian
Manusia Dari Perspektif Agama Hindu.
· Proses penciptaan manusia adalah
sari dari panca maha bhuta iaitu enam jenis rasa seperti manis, pahit, masin,
masam
· Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam
ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang
mengembangkan dirinya sendiri.
· Kelahiran dan penghidupan manusia di
dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.
· Falsafah Wedata: Manusia akan
terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya
sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak
lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.
0 comments:
Post a Comment