Fitrah Kejadian Manusia dari
perspektif Agama dan Biologi
Pertumbuhan dan Perkembangan
Sepanjang Hayat
Pertumbuhan dan perkembangan manusia
merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan
hayat manusia. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit:
bersifat lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia
pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan
perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga
menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak,
remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
Ahli falsafah menanggap fitrah
kejadian manusia berasaskan konsep tiga konsep iaitu semulajadi berdosa, tabula
rasa dan ‘innate goodness’.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun ke-17, John Locke
memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti ‘blank
blanket’. Keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques
Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness view. Menurutnya,
kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan sedia baik. Oleh itu, beliau mencadangkan
agar kanak-kanak dibiarkan membesarkan secara semula-jadi dengan pengawasan
yang minimum.
Falsafah Kejadian Manusia Daripada
Perspektif Al-Quran & Sunnah
Berikut merupakan antara falsafah
fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran dan sunnah:
·
Manusia adalah sebaik-baik kejadian
·
Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam)
menuju kesejahteraan
·
Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa
(isteri Adam) dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
·
Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya
seorang majusi, nasrani dsb.
·
Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu
hawa nafsu dan syaitan
·
Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan
kebenaran
·
Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa &
berakhlak mulia
·
Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
·
Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada
Allah
·
Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali
orang-orang yang sabar dan tetap dalam mendirikan solat dengan sempurna
·
Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang
terbaik amalannya ketika di dunia
·
Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit
·
Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
·
Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi
(tanpa kematian) adalah di akhirat.
Proses dan Jangka Masa Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia
mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan
manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi,
kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran,
tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui
pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.
Proses Biologi, Kognitif dan
Psiko-Emosi
Proses biologi merupakan proses
perubahan fizikal manusia secara semula-jadi. Gen daripada keluarga,
pertumbuhan otak, pertambahan tinggi dan berat badan, perubahan kemahiran
motor, perubahan hormon dan penurunan kardiovaskular mencerminkan peranan proses
biologi dalam pertumbuhan manusia.
Proses kognitif merupakan perubahan
pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia. Proses sosio-emosi pula berkait
dengan perubahan dalam hubungan manusia dengan orang lain, perubahan emosi
serta personalitinya.
Kesemua proses ini saling
berhubungan, berintegrasi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Sehubungan
itu, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah intergrasi antara proses
biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia.
Tempoh Perkembangan
Tempoh perkembangan merujuk kepada
jangka masa dalam kehidupan seseorang yang ditandakan dengan beberapa kriteria.
Tempoh perkembangan manusia dibahagikan tahap mengikut turutan iaitu:
1. Prenatal: Prenatal
adalah tempoh masa dari dalam kandungan sehingga kelahiran. Melibatkan pertumbuhan
pesat dari satu unit sel kepada satu ornisma kompleks.
2. Bayi: 18 bulan
hingga 24 bulan. Tempoh kebergantungan yang tinggi kepada orang dewasa dan
tempoh permulaan aktiviti psikologi.
3. Kanak-kanak
awal:
25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar
menjadi self-sufficient, bersedia
untuk belajar dan suka bermain dengan rakan sebaya.
4. Kanak-kanak
pertengahan dan akhir: 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai
tempoh the elementary
school year.
Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.
5. Remaja: Tempoh
transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12
tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat. Mula
berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan idealistik.
6. Dewasa awal: Awal 20-an
hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan memulakan hidup berkeluarga.
7. Dewasa
pertengahan:
40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya.
8. Dewasa akhir: 60-an atau
70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu tua awal (65-74 tahun)
dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).
0 comments:
Post a Comment