Cabang-cabang Falsafah.
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang, iaitu
metafizik ,axiologi, epistemologi, dan logik.
Metafizik (Ontologi)
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang
perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan
susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang
jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan
memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
·
Apa itu kebenaran?
·
Adakah Tuhan wujud?
·
Siapa itu manusia?
·
Apakah itu kebebasan manusia?
·
Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim saahaja?
·
Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan
tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari
jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan
eksperimen atau kajian saintifik.
Axiologi.
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud
‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau
buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika
dan estetika.
1) Etika.
Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling
sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti
moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu
masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang
berikut:
· Meta ethics-
kajian tentang konsep etika.
· Normative
ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied
ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang
berikut:
· Apa itu
kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang
menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti
itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika.
Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan
kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu
kecantikan?
· Bagaimanakah
kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?
Epistemologi.
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang
mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani
episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud
‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan
penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan
seperti berikut:
·
Apa itu ilmu?
·
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
·
Apa yang diketahui oleh manusia?
·
Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
·
Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk
memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti
di bawah:
· Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang
perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
· Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita
lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh
maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian
berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya
adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah
sesuatu mirage.
·
Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui
cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang
dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja
anaknya masuk ke dalam rumah.
· Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu
dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti
Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
· Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat
taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
·
Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada
persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara
sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan
soal selidik, dan sebagainya.
Logik.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi
alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara
apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
· Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat
penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang
menjelaskannya.
·
Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari
contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya
butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
·
Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
·
Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik
atau kurang baik?
0 comments:
Post a Comment