FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru(FPG)
Menurut Choong Lean Keow didalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.


Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Analisis Falsafah Pendidikan Guru
Untuk menganalisis FPG, perlu kepada dua perspektif iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung. Antara yang terdapat di dalam cabang falsafah adalah metafizik, epistemologi, aksiolgi dan logik.
Cabang Falsafah
Ciri-ciri FPG
Analisis
Metafizik
Menjamin perkembangan individu,
Memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik , progresif dan berdisiplin.
§ Peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik – realiti bidang pendidikan
Epistemologi
Berpandangan progresif dan saintifik
§ Ilmu sentiasa berkembang lanjut penemuan baru dan inovasi
§ Tanggungjawab guru untuk memperoleh ilmu baru agar tidak ketinggalan zaman
Asikologi
Berpekerti mulia,
Menunjukkan aspirasi negara,
Menyanjung warisan kebudayaan negara
§ Guru sebagai rol model dan teladan yang baik- bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.
Logik
Berpandangan progresif dan saintifik
§ Amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran,
§ Peningkatan diri secara profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti
Bagi analisis untuk elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidkan Guru(FPG) pula adalah:
Elemen-elemen FPG
Analisis
Bepekerti mulia
§ Sahsiah guru yang baik- berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.
Berpandangan progresif dan saintifik
§ Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberipenekanan kepada sains dan teknologi,
§ Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional
Bersedia menjunjung aspirasi negara
§ Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan
§ Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.
Serta menyanjung warisan kebudayaan negara
§ Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik,
§ Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid,
§ Menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara
Menjamin perkembangan individu
§ Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek)
Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
§ Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara
§ Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan
Implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara
Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara. Pertama, memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yg diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Kedua, guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Jikalau anak meniru tingkahlaku bapa mereka di rumah, murid akan meniru tingkahlaku guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat puluh orang murid(secara purata) yang diajar.
Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kengsaan. Justeru amat penting untuk kita berganding bahu dalam hal tersebut demi kepentingan negara amnya dan generasi muda khasnya.

1 comments: