LATAR BELAKANG TERAPI REALITI

1.1 Sejarah Terapi Realiti
Terapi Realiti bermula apabila Glasser telah mula membuat pandangan tentang proses perubahan manusia , ia merupakan permulaan yang penting dalam “ psychological community” . Pada tahun 1940 , isu kesihatan mental yang berkaitan dengan pengalaman manusia telah dijelaskan oleh teori psikoanalisis . Manakala pada tahun 1950 , ramai pengamal dan penyelidik menekankan kebolehan manusia untuk memilih dan mengawal pemikiran , perasaan dan tingkahlaku . Terapi Realiti bermula ketika teori Pemusatan Klien , Existensial dan Gestalt sedang berkembang . 

Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser seorang ahli psikologi di California pada tahun 1965 . Terapi ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan , ada pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut . Terapi ini berorientasikan tingkahlaku secara total atau keseluruhannya yang melibatkan komponen doing , thinking , feeling dan physiology . Terapi ini juga menekankan aspek tingkahlaku dan pemikiran klien . Terapi ini juga menolak konsep “mental illness” atau sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis . Matlamat terapi Realiti adalah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi untuk menilai dan menghargai tingkahlaku semasa .

1.2 Biografi Pengasas
Pengasas Terapi realiti adalah William Glasser . Beliau dilahirkan pada 
tahun 1925 di Cleveland , Ohio . Beliau merupakan anak ketiga dan bongsu di dalam keluarganya . Bapanya seorang peniaga kecil-kecilan yang telah datang ke United States untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya . Ibu Glasser pula seorang yang berpendidikan dan sentiasa menggalakkan Glasser supaya membaca . Selain itu , Glasser amat meminati muzik dan bidang sukan Ini membuatkan Glasser merasakan zaman kanak-kanaknya sangat menggembirakan . 

Glasser mengikuti jejak langkah abang sulung dan kakaknya belajar di kolej . Ini kerana bapanya telah menasihatinya dan memberitahu bahawa kerjaya jurutera adalah baik . Glasser telah mendapat Ijazah pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute Of Technology pada tahun 1944 dan ketika itu Glasser berusia 19 tahun . Glasser telah menjadi Jurutera untuk beberapa tahun , walaubagaimanapun , beliau telah berniat untuk menyambung dalam bidang psikologi . Pada tahun 1948 , Glasser telah mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University . Pada tahun ini juga beliau telah membuat tesis untuk Phd tetapi ditolak .

Pada tahun 1953 , Glasser telah mendapat Ijazah perubatan dari universiti yang sama . Pada tahun 1956 , beliau telah membuat intenship di Veterans Administration Center di Los Angeles dan kemudian bertukar ke UCLA dan ketika ini beliau merasakan teori Freud tidak sesuai dengannya . Beliau diselia oleh G.Harrington yang mempunyai pendapat yang sama . Pada tahun 1956 ini juga , Glasser telah menjadi ketua Psikiatri di Ventura School For Girls . Institut ini merupakan sebuah tempat yang telah dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak akhlak atau moral dan melanggar peraturan atau undang-undang . Glasser berkhidmat di sekolah ini selama 12 tahun dan beliau telah mempraktikkan konsep asal terapi Realiti .
Pada tahun 1964 , beliau telah menulis manuskrip Reality Therapy : A Realistic Approach To Young Offender” . Pada tahun 1965 , Glasser telah menerbitkan buku “Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry” . Pada tahun 1966 , beliau telah mengaplikasikan idea-idea reliti dalam sistem pendidikan di California . Pada tahun 1969 , Glasser telahmenerbitkan buku “School Without Failure” . Buku ini tentang bagaimana guru dan pelajar berinteraksi . Selain itu , sekolah menyumbang kepada identiti gagal pelajar . Pada tahun 1972 pula , beliau telah menerbitkan buku “ The Identify Society” . Buku ini berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara psikologi dan fisiologi dan kumpulan masyarakat . Seterusnya , Glasser telah membuka dan menubuhkan institut untuk Control Theory , Reality Therapy dan Quality Management .


2.0 FALSAFAH TERAPI REALITI 

Matlamat Terapi Realiti
Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan di dalam terapi realiti,Yang pertama ialah membantu klien untuk mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.Yang kedua ialah kearah membantu klien menerima reality dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistic.Seterusnya membantu klien untuk bertindak atau bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab secara reality dalam mencapai matlamat hidupnya tetapi klien sendiri perlu menentukan apa yang baik bagi dirinya.

Menurut Gladding (1993),Matlamat teori reality untuk membantu klien memperjalaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya dan membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud,ia juga dapat membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran.

MengikutCorey (1982)pula,secara holistiknya,matlamat terapi adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan,kebebasan,berkuasa dan berseronok dan memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

Konsep-konsep utama teori realiti
Terapi reality agak berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu.Sebaliknya terapi reality telah mengemukakan alternative cirri-ciri tertentu yang boleh dan harus diperhatikan.Ciri-ciri tersebut termasuklah:

(a) Terapi reality menolak konsep ‘sakit jiwa’ dan kerana itu ia tidak langsung memberikan perhatian atau focus kepada dianogsis jiwa.Ia lebih menitikberatkan tingkah laku tidak siuman yang menurut terapi reality adalah hasil daripada penolakan tanggungjawab.Apabila individu menolak dan atau membelakangkan tanggungjawab yang harus dilaksanakannya,maka akan terhasilnya tingkah laku yang tidak siuman atau bilazim.

(b) Terapi reality member focus kepada tingkah laku dan tidak kepada perasaan dan sikap.Menurut terapi reality,bila tingkah laku berubah,sikap dan perasaan akan turut berubah.

(c) Terapi reality menumpukan perhatiannya kepada keadaan klien pada masa kini.Ia tidak menghiraukan peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan masa lampau kecuali jika masa lampau itu ada kaitan langsung dengan keadaan masa kini.Demikian juga halnya dengan masa depan,bagi terapi realititidak ada gunanya kita memberi perhatian kepada masa lampau,kerana masa lampau adalah sia-sia sahaja.Masa depan pula boleh menimbulkan kebimbangan dan kerisauan semata-mata.

(d) Di dalam memberi perhatian kepada tingkah laku masa kini,terapi reality menekankan kepada aspek-aspek positif seperti potensi individu itu,kejayaan-kejayaannya,kelebihan,serta kualiti positif yang ada padanya.Sungguhpun demikian,tidaklah pula ia mengabaikan harapan,kebimbangan dan nilai-nilai klien.Ia menekankan bahawa seseorang klien itu handaklah dianggap sebagai individu yang mempunyai banyak potensi dan bukan sebagai seorang pesakit yang mempunyai banyak masalah.

(e) Terapi reality menggalakkan klien untuk meneliti dan menilai tingkah lakunya,di dalam usaha kaunselor untuk mendorong kliennya mengenali jenis-jenis tingkah laku yang ada pada dirinya.Adakah tingkah laku itu merosakkan atau menggagalkan atau apakah tingkahlakunya yang mmbina? Hanya setelah ia berjaya menilai tingkah lakunya sahaja barulah ia akan berusaha mengubah tingkah laku nya karana melalui proses ini klien sendiri akan menyedari bahawa tingkah lakunya masa kini menyebabkan kegagalan bagi dirinya.

(f) Terapi reality tidak menekankan pemindahan.Ia lebih suka yang kaunselor tidak di anggap sebagai seorang individu yang signifikan di dalam sejarah awal kliennya.Kaunselor haruslah merupakan orang yang dapat memenuhi keperluannya pada masa kini.

(g) Terapi realiti menekankan kepada aspek sedar personaliti dan tidak menekankan aspek tidak sedar.Tidak seperti psikoanalisa,terapi realiti memberi tumpuan kepada tingkah laku masa kini,bagaimana tingkah laku masa kini membawa kegagalan kepadanya dan sebagainya.Ia juga menekankan bagaimana tingkah laku masa kini dapat juga membawa kejayaan bagi dirinya melalui satu siri tindakan yang bertanggungjawab dan realistik.

(h) Terapi reality tidak menggunakan denda atau dera sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku kerana terapi reality yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan untuk mengubah tingkah laku sendiri.Tambahan pula kesan denda dan dera hanyalah boleh dirasai bagi jangka masa pendek sahaja.

(i) Terapi reality menekankan tanggungjawab yang bagi Glasser ditakrifkan sebagai kebolehan memenuhi keperluan seseorang dan melakukan tindakan-tindakan yang menyekat atau menghalang orang lain daripada kebolehan mereka memenuhi keperluan mereka sendiri.Bagi terapi reality,belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab akan terus menerus berlaku sepanjang umur individu itu.

(j) Terapi realiti menekankan bahawa di dalam mempelajari tanggungjawab itu,individu hendaklah sentiasa menilai tingkah lakunya sendiri ataupun meminta orang lain menilainya.Justeru kerana itu,satu bahagian yang pnting di dalam terapi adalah aspek yang berkaitan dengan moral,standard,nilai dan kebolehan menentukan tingkah lakunya yang betul daripada yang salah.Oleh kerana tanggungjawab merupakan aspek yang terpenting di dalam terapi reality di dalam terapi reality,maka kaunselor haruslah melaksanakan peranan mengajar secara yang berkesan.Untuk itu,kaunselor hendaklah mengajarkliennya cara-cara yang lebih baik untuk memenuhi keperluannya dengan mengkaji semua tindak-tanduknya di dalam kehidupan sehari-hari serta membuat saranan untuk dipertimbangkan oleh klien.Pendekata,proses terapi atau kaunseling menjadi suatu bentuk pendidikan yang khas di mana rancangan-rancangan tertentu dibuat dan langkah-langkah yang realistik dan bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan-keperluan dikaji.

(k) Semua keperluan dan semua peraturan yang ditetapkan oleh kaunselor atau institusi hendaklah dipatuhi secara ketat.Sebarang perlanggaran peraturan adalah tidak diizinkan.

Selain daripada yang dinyatakan di atas,terapi reality menggariskan beberapa konsep lain terutama berkaitan dengan keperluan dan kehendak manusia Iaitu:-
i. Konsep berkaitan dengan keperluan-keperluan asas munusia (“needs”)
Terdapat 5 jenis keperluan asas manusia untuk dipenuhi dan melibatkan aspek-aspek psikososial iaitu:

(a) Keperluan perasaan untuk mempunyai dan dipunyai
Ianya penting untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan dan terdapat tiga lingkungan perasaan dipunyai dan mempunyai iaitu keluarga,social dan tempat kerja.

(b) Keperluan untuk berkuasa
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi mewujudkan persaingan.Untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan strategi dan perancangan yang betul.

(c) Keperluan untuk bergembira dan berseronok
Secara lazimnya proses perkembangan manusia perlu bercirikan aktiviti yang menggembirakan dan keperluan ini meliputi setiap perkembangan manusia.

(d) Keperluan untuk bebas dan merdeka
Kebebasan amat penting bagi seseorang individu demi menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.Manusia perlukan kebebasan untuk bergerak secara positif kea rah kehidupan yang diingini.Manusia sanggup berkorban apa sahaja untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan.

(e) Keperluan untuk selamat dan ‘survival’
Keperluan ini merangkumi makanan, penginapan, berkeluarga dan meninggalkan zuriat.

ii Konsep berkaitan khendak manusia “wants”
Kehendak merupakan satu desakan yang membawa manusia bergerak dan bertindak kea rah memenuhi keperluan asas. Keperluan asas manusia adalah sama tatapi kehendak manusia bersifat unik dan tersendiri dan ianya bertujuan untuk kepuasan diri.Kehendak mengandungi tanggapan dan jangkaan tertentu terhadap keperluan asas yang hendak dicapai dan ianya terlalu subjektif. Contohnya ialah :Aku perluka kasih saying daripada keluarga.Kasih saying yang sepatutnya keluarga beri adalah begini…dan begitu…

iii Konsep berkaitan rasa kebertanggungjawaban
Tindakan manusia untuk memenuhi kehendak dan keperluan asasnya terdorong dengan rasa bertanggungjawab.Apabila berlakunya penyesuaian ianya akan mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dengan peraturan dan sistem masyarakat yang akhirnya akan melahirkan identiti jaya ,begitu juga sebaliknya.
iv Konsep berkaitan identiti diri
Antara individu dengan individu lain mempunyai identiti yang berbeza dan tersendiri.Perbezaan ini dapat dilihat melalui matlamat hidup,kehendak,pemikiran,perasaan dan perlakuannya.Terdapat 2 jenis identiti utama dalam realiti iaitu :

(a) Identiti jaya Tindakan individu dengan cara bertanggungjawab untuk mencapai kehendak dan keperluan asasnya.Tindakantersebut menghasilkan kepuasan dan perasaan positif dan membentuk
pemikiran,perasaan,tindakan,keperluan,matlamat yang positif.

(b) Identiti gagal 
Tindakan individu dengan cara tidak bertanggungjawab untuk mencapai kehendak dan keperluan asasnya.Tindakan tersebut menghasilkan kepuasan dan perasaan negatif dan membentuk pemikiran,perasaan,tindakan,keperluan,matlamat yang negatif.
V Konsep berkaitan penerimaan realiti
Apabila individu gagal mencapai sebahagian keperluan asasnya,ia cenderung untuk menolak dan menerima realiti

(a) Penerimaan realiti Individu gagal mencapai kehendak dan keperluan asas akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan,matlamatyang positif dan akan melahirkan identiti jaya.Contoh:ditinggalkan oleh kekasih setelah hamil luar nikah.Individu tersebut melaporkan diri ke JKM dan menyerahkan anak kepada JKM.Individu tersebut kemudiannya meneruskan hidup menuju kepada identiti jaya.

(b) Penolakan realiti
Individu gagal mencapai kehendak dan keperluan asas dan kemudiannya menolak realiti serta tiada rasa bertanggungjawab.Tiada rasa bertanggungjawab akan membentuk pemikiran,perasaan, tindakan,keperluan,matlamat yang negatif dan akhir sekali melahirkan identiti gagal.Contoh :ditinggalkan oleh kekasih setelah hamil luar nikah.Individu tersebut menolak realiti dan tiada rasa bertanggungjawab.Akhir sekali akan melahirkan tindakan membunuh diri atau lahirkan anak akan membuang anak.Dalam sesetengah kes melibatkan diri dalam seks bebas .Individu tersebut akan hidup dalam identiti gagal.


Peranan kaunselor
Di antara peranan –peranan kaunselor ialah :-
(a) Mewujudkan perhubungan kaunseling dengan kliennya dan kemudian mengajak kliennya untuk berdepan dengan reality bagi membantu mereka menilai tingkah kalu mereka secara realistic.Terapis tidak sekali-kali berfungsi sebagai moralis.Ia hanya membimbing kliennya untuk menilai sendiri tingakh lakunya dan kemudian keputusan mengenai tingkah laku yang harus diubah dan tingkah laku yang harus dipelajari agar sesuai dan sejajar dengan keadaan nyata.
(b) Di dalam membimbing kliennya,terapis banyak menggunakan peneguhan.Apabila klien bertindak secara bertanggungjawab,ia akan memuji-muji kliennya dan jika kliennya bertindak dengan cara sebaliknya,ia akan memperlihatkan rasa tidak seronok ataupun mengabaikan langsung tingkah laku tersebut,agar kliennya tidak memperolehi sebarang peneguhan.
(c) Kaunselor juga harus bersedia menerima kliennya tanpa terlalu banyak kritik atau syarat.Terapi reality tidaklah menerima sepenuhnya konsep terapi pusatan klien yang diutarakan oleh Carl Rogers kerana baginya penerimaan klien adalah berasaskan sekurang-kurangnya pada satu syarat iaitu klien
haruslah bersedia berdepan dengan reality dan seterusnya berusaha menyelesaikan masalahnya .
(d) Klien haruslah bersedia mengikat kontrak dengan kaunselor.Maksudnya klien menekankan bahawa bagi mencapai kejayaan,klien haruslah bersedia mematuhi dan mengikuti syarat-syarat yang dikenakan.Di antara syarat yang ditetapkan termasuklah : klien melaporkan kejayaan dan kegagalan usahanya di luar siding terapi,mematuhi masa-masa yang telah ditetapkan dn sebagainya.
(e) Kaunselor hendaklah menggalakkan kliennya untuk mencurahkan segala-galanya tanpa menyembunyikan sesuatu.Sudah tentu perkara sebegini tidak mudah dilaksanakan dan dicapai.Namun begitu kata Glasser kejayaan hanya boleh dicapai jika kaunselor :-
(i) Boleh dan bersedia untuk mendesak tanpa hilang kebolehannya untuk menjadi sensitive kepada masalah kliennya.
(ii) Bolh memenuhi keperluan0keperluan dalam reality
(iii) Berkongsi secara ikhlas perjuangannya
(iv) Mesra dan akrab
(v) Membenarkan nilai-nilainya dicabar oleh klien
(vi) Tidak menerima alas an bagi mengelakkan tanggungjawab
(vii) Menunjukkan keberanian dengan mencabar kliennya terus menerus walaupun kliennya menentang
(viii) Memahami dan berempati dengan kliennya
(ix) Mewujudkan perhubungan yang ikhlas dengan kliennya
Menurut corey,G(1982),telah menjelaskan bahwa peranan kaunselor adalah seperti berikut :-
(a) Kaunselor berperanan sebagai guru atau model.Ia menerima kliensecara mesra,empati dan penuh perhatian
(b) Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yangbaik supaya dapat dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling seterusnya .
(c) Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya?Sekiranya klien merasakan atau sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
(d) Sebagai seorang pengajar,iaitu mengajar klien tentang teori kawalan,memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling berjalan.
(e) Membina struktur dan had sesi.
(f) Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat mengarahkan kepada kejayaan.
(g) Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien memberikan alas an tentang tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.
(h) Memperkenalkan dan menggalakkan proses menilai kehendak yang ingin dicapai secara realistik.
(i) Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya.
(j) Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.

Jika menurut E.koeswara(1988) menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti.Terapi ini juga menunjukkan bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri dan untuk mendapatkannya,maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab.Kaunselor juga harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya dengan klien dan mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah kebahagiaan.

Ee Ah Meng(1997) pula menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :-
(a) Melibatkan diri secara mendalam dengan klien
(b) Kenalpasti jurang di antara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilainya
(c) Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan perasaan klien
(d) Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan danakibatnya
(e) Wujudkan perhubunganyang terbuka,mesra dan jujur dengan klien
(f) Tumpukan pada tingkah laku sekarang
(g) Berikan galakkan,pujian dan alternatif kepada
(h) Lakukan konfrontasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Mohd.Salleh Lebar (1993) telah menjelaskan peranan kaunselor seperti berikut :-
(a) Memberikan galakkan kepada klien.
(b) Menumpukan kepada tingkah laku. 
(c) Lakukan konfrontasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
(d) Wujudkan hubungan yang terbuka.
(e) Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.
(f) Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.
Peranan klien
Selain kaunselor,klien juga mempunyai peranan tertentu semasa terapi iaitu :-
(a) Klien akan digalakkan untuk menumpukan perhatiannya kepada tingkah lakunya dan tidak kepada perasaan dan sikapnya.Mereka disuruh meneliti tingkah laku mereka sendiri untuk menentukan apakah tingkahnya.Sekiranya mereka mereka mengalami sesuatu perasaan tertentu,mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku mereka yang menghasilkan perasaan itu.Proses sebegini terus menerus berlaku dan mendorong klien untuk menilai sendiri tingkah laku nya dan seterusnya menjelaskan tingkah laku yang mana yang menyebabkan masalah bagi dirinya.
(b) Seterusnya klien menilai tingkah lakunya dan seterusnya membuat kepusan-keputusan tertentu untuk mengubah tingkah lakunya itu,mereka akan digalakkan untuk memikir dan merancang strategi khusus bagi mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang Berjaya.
(c) Apabila strategi ini selesai dirancangkan,klien mestilah melaksanakannya. Mereka mestilah komited kepada rancangan tindakan ini.Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba member alasaan tertentu.Kontrak dan komitmen seperti ini mesti dilaksanakan oleh klien.
(d) Di dalam usaha klien untuk menilai dan mengkritik tingkah lakunya itu,ia haruslah juga bersikap realistic iaitu tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu hebat dan berat untuknya.Jika keadaan sebegini berlaku,tentulah usaha-usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya akan gagal.Lebih relistik dan munasabah jika kecaman dan kritik ini dilakukan secara sederhana dan munasabah agar tingkah laku yang tidak sesuai dan yang menggagalkan matlamat hidupnya itu dapat diubah dan diganti dengan tingkah laku yang lebih sesuai.
Teknik dan tatacara terapi realiti
Mohd Mansur Abdullah(1993) menjelaskan bahawa matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya dengan bantuan dalaman.Kematangan ini menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancangan-perancangan yang realistik bagi mencapai matlamat mereka.Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hudup mereka dan menerangkan cara-cara untuk mencapainya maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik tertentu yang berbentuk tingkah laku.Di antaranya ialah :-
(a) Menjadi model /contoh
Dalam teknik ini,kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik.Sebagai pendidik,kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien tersebut.Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti.Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.
(b) Kelucuan
Kaunselor akan bersifat lucu dan tidak terlalu serius.Ini bermakna kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien
(c) Konfrontasi
Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu.Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik.Situasi ini dapat memberikan respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.
(d) Main peranan (role play)
Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien.Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada ‘di sini’ dan pada ‘ketika ini’ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.
(e) Tindakbalas
Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab.Kaunselor akan bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu berfaedah kepadanya.Dalam hal ini klien hendaklah menentukan samada hendaklah menentukan samada hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya. 
(f) Penglibatan 
Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan kata-kata seperti “saya mementingkan anda,saya bertanggungjawab kepada anda”.Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang telah dilafazkan itu.Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien yang lebih lebih berjaya dan bermakna.
(g) Kontrak(perjanjian)
Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien.Biasanya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien.Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor.Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru.Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.
(h) Formulate
Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik.Dalam hal ini kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien.Klien boleh ditanya adakah cara yang lebih baik bagi dirinya untuk membuat sesuatu untuk ubah tingkah lakunya.Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan dalam merancang,berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya.Rancangan itu hendaklah berbentuk ‘bagaimana ’dan ‘bila’ akan melakukannya dan dibuat secara positif.
Teknik-teknik utama realiti
(a) Melibatkan diri dengan menggunakan kata-kata seperti ‘saya mementingkan anda’.Tingkah laku kaunselor hendaklah sejajar dengan kata-kata tersebut.
(b) Tekanan pada keadaan ‘di sini dan ketika ini’ dan elakkan daripada penumpuan kepada perasaan yang lalu.
(c) Tekankan pada nilai tingkah laku.Kaunselor bertanya kepada klien, “adakah tindakan itu sesuai?” “Adakah cara itu berfaedah?” Klien hendaklah menentukan samada hendak mengubah tingkah lakunya atau tidak.
(d) Kaunselor membuat rancangan untuk mengubah tingkah laku klien.Kaunselor bertanya klien apakah yang sedang difikirkan sebagai suatu cara yang lebih baik untuk membuat sesuatu?Kaunselor membantu klien membuat rancangan,Biar klien memilih alternatif-alternatif.Rancangan itu hendaklah yang berbentuk spesifik(bagaimana dan bila anda akan melakukannya)dan positif.
(e) Adakan suatu kontrak danperjanjian di antara kaunselor dan klien.Jika perlu,perjanjian itu hendaklah dalam bentukbertulis dan berikan pujian di mana yang perlu.
(f) Jangan menerima alasan jika klien gagal untuk memenuhi syarat-syarat perjanjian.Tanya pada klien bilakah dia akan melaksanakannya?Jika rancangan itu sukar dilaksanakan atau mempunyai kelemahan tertentu,buat satu rancangan yang baru.
(g) Klien perlu dilibatkan dalam membuat peraturan-peraturan.
Proses kaunseling terapi realiti
(a) Mewujudkan hubungan
Terapi realiti agak mementingkan perhubungan kaunselor klien dan ia memerlukan syarat-syarat teraputik iaitu ketulenan,empati dan penerimaan tanpa syarat untuk membantu memahami masalah klien.Dalam teori ini,kaunselor dilihat mempunyai kepakaran-pendekatan agak aktif.
(b) Penerokaan masalah
Kaunselor memberi penumpuan kepada masa lampau klien kerana ia suatu sejarah yang tidak boleh di ubah.Tiada perhatian kepada masa hadapan kerana mengakibatkan kebimbangan tidak berasas.Kaunselor memberi fokus kepada perlakuan klien sama ada merosak atau membina diri dalam dunia realiti klien.Perlu memberi penekanan kepada aspek positif atau kekuatan klien dari segi potensi,kejayaan,kualiti diri dan lain-lain dalam bentuk peneguhan positif.Peneguhan positif boleh digunakan untuk memperkembangkan diri klien dalam menghadapi realiti.

(c) Menilai perlakuan
Klien diajak untuk menilai dan meneliti pemikiran,perasaan dan perlakuannya selama ini sama ada merosakkan atau membina.Klien juga diajak untuk melihat perkaitan antara perlakuannya dengan faktor-faktor kegagalan dirinya selama ini(identiti gagal).
(d) Membantu membuat pelan tindakan
Realiti percaya bahawa otak manusia sebagai sistem kawalan kepada semua perlakuan dalam usaha mencapai keperluan asas.Klien diajak untuk merancang perlakuan dengan memberi penekanan kepada aspek:-
1. rasa bertanggungjawab
2. moral dan etika(agama dan perundangan)
3. salah atau benar
kontrak antara klien dan kaunselor dibina berhubung pelan tindakan yang dipersetujui.


(e) Melaksanakan pelan tindakan
Klien diajak memberikan komitmen untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dibina.Kaunselor tidak menerima alasan untuk klien lari daripada realiti dengan tidak memberikan komitmen.Kaunselor tidak mudah untuk mengalah sehingga klien benar-benar bertindak dan memberi komitmen melakukan tindakan dalam dunia realiti.Terapi realiti lebih mirip dengan terapi behavior,tetapi tidak menekankan aspek dendaan dan hukuman.
Pietrofesa(1984) telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa kemahiran seperti konfrontasi,humor,perbincangan,penetapan matlamat,menunjukkan(pointing out),nasihat dan debat.Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga prosedur:
(1) Keterlibatan iaitu proses yang memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien secara intelektual dan emosi.Kaunselor harus memahami dan menerima klien sedarnya.Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling kemudiannya.
(2) Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tingkah laku yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu.
(3) Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi memnuhi keperluannya.Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.
Menurut Glasser (1992),terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti.Langkah-langkah tersebut adalah :-
Langkah 1:keterlibatan
Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan klien.Kaunselor hendaklah mesra,empati dan dapat memberikan perhatian kepada klien.Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan jangan sampai terperangkap.
Langkah 2:Fokus kepada tingkah laku semasa
Walaupun tingkah laku dan perasaan saling berkait,namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada tingkah laku semasa klien.Tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3:Fokus terhadap masa sekarang
Terapi ini tidak melibatkan pengalaman lampau tatapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu,Pembinaan sikap pengalaman masa lampau adalah sebagai hubungannya dengan masa kini.Kaunselor mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.Terapi ini menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau kepada lebih banyak masalah.Terapi ini percaya bahawa tingkah laku semasa dapat diubah.
Langkah 4: Menilai kendiri
Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah tingkah laku sendiri.Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan.
Langkah 5 Membuat pelan
Pelan dibuat untuk membantu klien.Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan.Pelan ini dinilai dan sisemak dari masa ke semasa.
Langkah 6:Komitmen 
Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya maka dia sudah bersedia.
Langkah 7:Tidak menerima sebarang alasan 
kaunselor tidak patut mennerima sebarang alasan klien yang tidak juga harus meminta klien membuat komitmen yang yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya.
Langkah 8 :Hapuskan dendaan
Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam menubah tingkah lakunya yang negatif.

SUMBANGAN DAN LIMITASI TERAPI REALITI


SUMBANGAN

Terdapat beberapa sumbangan terapi realiti.Antaranya ialah jangka masa proses terapi. Terapi realiti berfokus kepada jangka masa pendek dan menangani masalah tingkahlaku secara sedar. Pendekatan terapi ini boleh diaplikasi terhadap kebanyakan populasi yang berbeza seperti salah lakuan, penyalahgunaan bahan, kecelaruan personaliti dan tingkahlaku anti sosial. Proses terapi realiti boleh diaplikasi dalam ‘setting’ kaunseling individu dengan kanak-kanak, remaja, dewasa, dan golongan berumur atau pun dalam ‘setting’ kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga. Malah terapi ini boleh diaplikasi dan membantu dalam apa-apa sahaja ‘setting’ seperti di hospital, klinik kesihatan mental, sekolah, pusat tahanan (penjara), pusat pemulihan dan pusat krisis (Glasser, 1986:Seligman,1997). 
Terapi realiti sungguh konkrit.Ia memberikan satu struktur di mana kedua-dua klien dan terapis boleh mengukur tahap dan bentuk perubahan terutamanya bila kontrak berfokus matlamat telah terbentuk. Jika didapati klien berupaya mengubah tingkahlaku dalam satu aspek tertentu sahaja terapis boleh beri perhatian terhadap tingkahlaku yang masih belum berkembang dan perlu diubah. Terapis terapi realiti membantu klien dalam proses penilaian kendiri dan membantu klien mengukur dari aspek tingkahlaku, pemikiran dan perasaan. Bila klien telah sedar tingkahlaku semasa membawa kesusahan terhadap diri sendiri, keinginan untuk membentuk tingkahlaku diingini akan membawa kepada pembentukan sikap bertanggungjawab untuk membaiki tingkahlaku yang membawa masalah kepada diri sendiri.
Terapi realiti memiliki pusat latihan kebangsaan yang dikenali sebagai Institut Terapi Realiti berpusat di Cincinnati, Ohio dan banyak banyak cawangan di Eropah dan Asia. Pada masa kini beberapa cawangan Institut Terapi realiti telah ditubuhkan di negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia dan di Singapura.
Pendekatan terapi realiti berfokus kepada tanggungjawab dan kebebasan dalam kalangan individu tanpa mengkritik, menyalahkan klien atau ada percubaan untuk membentuk semula personaliti secara menyeluruh. Manusia tidak sebagai mangsa kemurungan atau dalam keadaan tidak berupaya untuk bertindak. Mereka ini dilihat sebagai golongan yang memilih sendiri untuk berada dalam keadaan sedemikian. Manusia adalah bertanggungjawab ke atas diri mereka terhadap yang mereka buat atau kedudukan diri mereka. Kadang-kala ada manusia yang tidak diajar untuk bertanggungjawab terhadap tingkahlaku mereka ataupun mengambil tanggungjawab berkenaan. Untuk bertindak secara bertanggungjawab bermaksud memenuhi keperluan diri tanpa menyebabkan kesusahan pihak yang lain semata-mata untuk memenuhi keperluan diri tersebut (Glasser, 1965.m/s.13).
Pendekatan terapi realiti ke arah penyelesaian konflik. Glasser (1984) percaya bahawa konflik muncul pada dua tahap iaitu benar dan salah. Pada tahap ‘benar’, konflik berkembang disebabkan ketidaksetujuan interpersonal terhadap perubahan. Tahap konflik ‘salah’ pula, perubahan mungkin boleh berlaku jika diri sendiri bersedia untuk mengambil usaha misalnya keinginan untuk kurangkan berat badan. Tingkahlaku bertanggungjawab dalam keadaan ini boleh membawa kepada hasil yang dikehendaki.
Pendekatan terapi realiti ini berfokus kepada masa kini kerana tingkahlaku semasa adalah di bawah kawalan diri klien. Pendekatan ini tidak mengambil kira pengalaman masa lampau seperti beberapa teori yang lain seperti teori ‘behavioris’, Gestalt dan ‘Rational Emotive Behavior Therapy’.

KEBERKESANAN PSIKOTERAPI TERAPI REALITI

Kebanyakan kajian keberkesanan proses psikoterapi (kaunseling) telah membuktikan beberapa aspek dalam proses psikoterapi (kaunseling) misalannya hubungan teraputik, intevensi teraputik yang tertentu, ekspektasi klien terhadap perubahan serta aspek seperti motivasi klien untuk memperbaiki diri merupakan penentu kejayaan pencapaian matlamat sesi kaunseling. Terapi realiti pula memberi fokus kepada hubungan teraputik, motivasi klien untuk berubah dan intervensi khusus terapis sebagai penentu kejayaan proses kaunseling dan kurang memberi pemberatan terhadap tahap masalah klien, keupayaan klien untuk menghubungkaitkan masalah dihadapi dengan orang lain kekuatan ego dan kualiti ‘sosial support’ klien. Bagi terapi realiti kebanyakan rungutan klien dalam aspek permasalahan klien sebenarnya merupakan alasan klien untuk elakkan diri dari bertanggungjawab terhadap pilihan-pilihan mereka yang sebenar berada dalam lokus kawalan mereka.

PENYOALAN SAMA ADA SEMULAJADI ATAUPUN PERSEKITARAN

Mengikut pendekatan terapi realiti, aspek semulajadi tingkahlaku seseorang berdasarkan kepada keperluan asas individu berkenaan (penghidupan, perasaan kepunyaan dan kasih sayang, kekuasaan, keseronokan, dan kebebasan). Namun begitu persekitaran dan tanggapan seseorang individu serta pemilihan halatuju dalam lingkungan persekitarannya yang banyak menentukan perkembangan personaliti individu berkenaan. Seseorang itu bertanggungjawab terhadap pemilihan atau keputusan yang diambil untuk memenuhi keperluan hidupnya dalam lingkungan peluang-peluang yang diperolehi dalam persekitarannya. Pendek kata genetik dan persekitaran mempunyai pengaruh terhadap tingkahlaku tetapi pilihan-pilihan yang diambil menentukan tingkahlaku seseorang. Walaupun pendekatan terapi realiti lebih pro kepada pengaruh persekitaran berbanding dengan faktor biologikal namun begitu pendekatan ini tidak menafikan pengaruh biologi dalam masalah psikologi mental. Pendekatan terapi realiti menegaskan bahawa ‘faktor biologi (semulajadi) bukan penentu destini seseorang.

‘PHARMACHOTERAPY’ 

Pendekatan terapi realiti menentang sekeras-kerasnya penggunaan ubat-ubatan untuk masalah kesihatan mental. Mengikut pendekatan tersebut tingkahlaku yang dipilih berpusatkan kepada keinginan untuk memenuhi keperluan asas individu. Menurut Glasser (2000) memandangkan tingkahlaku seseorang itu adalah dipilih sendiri oleh individu berkenaan maka rawatan menggunakan ubat-ubatan berupaya untuk menarik keluar sikap bertanggungjawab dari diri klien.Klien akan memberikan alasan terhadap tingkahlaku berdasarkan masalah kesihatan yang dihadapi dan dibuktikan dengan preskripsi ubat yang diperolehi.



PEMELIHARAAN KEBAJIKAN DAN TERAPI JANGKAMASA PENDEK

Pendekatan terapi realiti menjaga kebajikan klien dalam aspek-aspek tertentu misalannya dalam membantu klien memperolehi wang pampasan daripada syarikat insuran sebagai wang urusan terapi kliennya. Untuk memenuhi kriteria penerimaan wang pampasan daripada syarikat insuran satu keputusan diagnosis DSM-IV perlu dikepilkan. Ahli terapis terapi realiti kemungkinan menggunakan diagnosis tersebut sebagai tujuan membantu klien menerima wang pampasan untuk tujuan rawatan sahaja.
Walaupun terapi realiti terkenal sebagai satu proses psikoterapi yang mengambil masa yang pendek dalam membantu klien berubah namun pendekatan ini tidak menetapkan tempoh masa untuk proses sesi kaunseling tetapi hanya memberi perhatian serius terhadap hubungan terapis-klien dalam mewujudkan motivasi bagi klien untuk membuat perubahan tingkahlaku.

ISU-ISU BUDAYA

Pendekatan terapi realiti tidak banyak menghadapi masalah disebabkan isu-isu budaya. Wubbolding (2000a) menyatakan terapi realiti berupaya memasuki negara-negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya seperti Jepun, China, Korea, Singapura, Amerika dan beberapa buah negara yang lain. Malah terdapat pelajar bangsa Yahudi dan Arab yang mengamalkan terapi realiti. Namun begitu pendekatan ini tidak terkecuali daripada masalah silang budaya seperti masalah penggunaan bahasa dalam proses terapinya. Misalannya dalam kalangan budaya timur penggunaan soalan-soalan yang ‘direktif’ oleh terapis semasa sesi kaunseling dianggap sebagai kurang bersopan. Terapis terapi realiti perlu mahir mengubahsuai cara mengajukan soalan yang lebih kearah bukan berbentuk ‘direktif’.



KEAGAMAAN (SPIRITUALITY)

Mengikut pandangan terapi realiti, manusia memilih cara-cara tertentu untuk memenuhi keperluan diri berdasarkan pilihan sistem kepercayaan keagamaannya. Kebanyakan aspek-aspek terapi realiti mempunyai persamaan dan berlandaskan pelbagai prinsip keagamaan yang universal.

TEKNIK EKLEKTIK (TECHNICAL ECLECTICISM)

Terapi realiti adalah fleksibel dan berupaya menggabungjalinkan teknik-teknik kaunseling dari pelbagai teknik teori dalam membantu klien memilih tingkahlaku yang lebihberkesan pada waktu semasa.Walaupun konsep-konsep terapi realiti nampak mudah difahami tetapi terapis perlu memahami prinsip-prinsip teori pemilihan (‘choice theory’) dengan mendalam supaya tidak lari daripada matlamat terapi realiti berkenaan. 

DSM-IV-TR DIAGNOSIS

Pendekatan terapi realiti memandang penglabelan berdasarkan diagnostik adalah sesuai dan tidak perlu dalam konteks hubungan teraputik. Glasser (2000) menyatakan walaupun terapi realiti tidak menyalahkan atau mengkritik klien disebabkan kesukaran ataupun masalah yang dihadapi tetapi, namun begitu teori ini menekankan bahawa sikap tanggungjawab merupakan sebagai tapak utama untuk seseorang klien itu berubah. Menurut Glasser (2000) lagi, klien tidak sepatutnya dilabel berdaasarkan sesuatu diagnostik kecuali jika perlu untuk tujuan insuran.

KELEMAHAN TERAPI REALITI

Walaupun pada dasarnya, teori pilihan (‘choice theory’) nampak mudah dilaksanakan setelah membuat bacaan yang mencukupi, namun begitu sebenarnya ia tidak semudah begitu. Kelemahan teori ini nampak dengan jelas ekoran terdapat terapis yang mengamalkan terapi realiti tanpa pemahaman yang dalam tentang prinsip-prinsip terapi berkenaan. Kebanyakan seminar-seminar terapi realiti dikendalikan dalam bentuk konsep membantu diri ‘self-help’ bukannya dalam bentuk klinikal. Ini menyebabkan ramai terapis pendekatan terapi realiti kurang berpengalaman dalam bentuk klinikal tetapi bertindak memberi bantuan berdasarkan lebih kepada pengetahuan. Adalah lebih tepat jika dikatakan kelemahan tersebut bukan berpunca daripada teori berkenaan tetapi berpunca dari pengamal-pengamal yang kurang pemahaman tentang terapi berkenaan.
Satu lagi kekurangan terapi realiti ialah unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung. Mengikut beberapa pengkritik terapi realiti menyatakan unsur-unsur seperti masa lampau klien amat penting untuk mengetahui latar belakang permasalahan yang dihadapi pada masa kini.
Selain itu, terapi realiti cenderung hanya memfokus kepada tingkahlaku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas.

STATUS TERAPI REALITI MASA KINI 

Terapi realiti telah berkembang dengan pesat pada masa kini. Glasser masih meneruskan usahanya untuk mengembangkan terapi yang dibinanya melalui ceramah, penulisan dan pengamalan secara sendirian. Aplikasi terapi realiti di sekolah-sekolah menjadi semakin pesat hasil usaha isteri baru Glasser (Carleen). Salah seorang terapis realiti yang banyak menyumbangkan usaha dalam mengembangkan terapi realiti melalui pengamalan dan penyelidikan. Beliau merupakan pengarah urusan pusat Institut Terapi Realiti di Cincinnati, Ohio. Banyak lagi institut terapi realiti yang tumbuh hasil usaha Glasser untuk tujuan melatih dan pemberian sijil dalam terapi berkenaan. Selain itu, satu journal juga telah diwujudkan atas nama ‘International Journal of Reality Therapy’.





RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, bolehlah dinyatakan bahawa terapi realiti merupakan satu bentuk terapi yang berfokus pada masa kini dan membantu klien membuat pilihan-pilihan yang berkesan dalam hidup mereka. Kaunselor atau terapis terapi realiti yang berperanan sebagai pembimbing mendidik klien untuk bertingkahlaku secara wajar dalam memenuhi keperluan asas mereka. Klien diajar mengadaptasi tingkahlaku baru yang lebih efektif dalam usaha memenuhi keperluan asas mereka jika pendekatan yang digunakan tidak berkesan.

0 comments:

Post a Comment