2.1 : IPTA

Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia sudah bermula.

Penubuhan IPTA di Malaysia

Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bersama.
Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada tahun 1969.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.

Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan perkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:



1.               Universiti Penyelidikan
2.               Universiti Komprehensif
3.               Universiti Berfokus

Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

Latar Belakang

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan bermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi iaitu:


1.               Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS
2.               Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik
3.               Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan Kolej Komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian tinggi iaitu:

Malaysian Qualification Agency (MQA) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)


Teras Utama PSPTN

Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:
Teras 1
Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

§     Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
§     Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)
Teras 2
Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

§     Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri
§     Penambahbaikan kurikulim berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
§     Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
§     100,000 PhD atau setaraf
Teras 3
Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi

§     Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
§     6 buah Universiti Penyelidikan
§     20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
§     Budaya inovasi di kalangan pelajar
§     10% hasil penyelidikan dikomersialkan
Teras 4
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi

§     Satu (1) atau dua (2) buah Universiti Apex daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat
§     Tiga (3) IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara 50 universiti terbaik di dunia
§     Kuasa autonomi mengikut KPI
§     75% pensyarah berkelayakan PhD
§     Penarafan IPT mengikut KPI
Teras 5
Mempergiat Pengantarabangsaan

§     Jaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara
§     Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
§     5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
§     Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
§     Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan
§     Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
§     Biasiswa Antarabangsa Malaysia
Teras 6
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

§     Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF
§     Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
§     Peningkatan penyertaan golongan dewasa
§     Laluan alternatif dan mobiliti program
Teras 7
Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

§     KPT sebagai pemudah cara
§     Sistem penyampaian terbaik
§     Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
§     KPI - berdasarkan prestasi
§     Perbelanjaan berhemah
§     Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

0 comments:

Post a Comment