PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK. 
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;

(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.

(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.

(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.

(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.

(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.

(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.

Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok.

Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.

Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.

Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan kaunseling individu.

Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah laku individu-individu lain.

1 comments: