FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu  dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.


 BAKA (NATURE)
Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai perhubungan genetik di antara generasi manusia.
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann  Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah Meng (2005) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.  Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga .

Faktor baka  (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat unik kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian dan rambut.


3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)

     Menurut Kamaruddin Hj Husin (1998), Normal L Munn telah mengatakan persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan. Sementara itu W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran adalah segala kuasa yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Amram Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, faktor persekitaran ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a)    Kategori Pralahir
Antaranya faktor yang mempengaruhi bayi ketika berasa dalam kandungan ialah faktor  usia.  Usia ibu yang lanjut boleh mengakibatkan kecacatan mental bayi atau tahap kecedasannnya kurang.  Faktor kedua ialah faktor pemakanan. Semasa mengandung ibu perlulah menjaga pemakanan kerana makanan yang seimbang akan menjamin kesihatan dan pertumbuhan yang normal setelah bayi dilahirkan. Begitu juga dengan emosi ibu ketika mengandung.  Ibu yang berada dalam keadaan tertekan, takut dan sebagainya berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.  Antara lain, penggunaan dahah turut mengakibatkan bayi terjejas dan kemungkinan juga akan mengalami kecacatan. Pendedahan kepada x-ray yang berlebihan juga boleh mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.

b)    Kategori Selepas Lahir
Kategori di mana bayi sudah dilahirkan.  Keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan, guru dan sekolah dan banyak lagi merupakan faktor perkembangan kanak- kanak selepas lahir. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak.  Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

0 comments:

Post a Comment