Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah adalah efisien.  Kajian mendapati bahawa guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).

            Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama daripada pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam mendapatkan kerjasama daripada pelajar. Kerjasama daripada amat diharapkan agar segala yang dirancang dapat terlaksana dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar, sesuatu perubahan yang dirancang oleh guru tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar agar pelajar sudi untuk memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus bijak menarik perhatian pelajar agar mereka  berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.
            Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini disebabkan persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana pembelajaran yang optimum. Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru juga bertindak sebagai role model kepada pelajar. Peribadi seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam bilik darjah kerana menjadi ikutan pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif, pelajar akan terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.
            Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah berjalan dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan untuk berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin pelajar dapat dipelihara. Jika rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses P&P turut terpelihara.

 Persekitaran pembelajaran yang kondusif


0 comments:

Post a Comment