1.2 : Program PERMATA 

Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar. Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.


Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi ‘terganggu’ dengan laporan-laporan jenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada
bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum PERMATA
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

0 comments:

Post a Comment