DEFINISI PSIKOTERAPI
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang
, b celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient. Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.


DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini. Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan juga pusat kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

0 comments:

Post a Comment