PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
·         DUA PROSES
a.     PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
b.    PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
·          Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-

a.     kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
b.    kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
·         Dua bentuk pentaksiran
a.     formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
b.    sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
·          Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
·         Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
·         kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
·         tarikh ujian dan peperiksaan
·         menggubal soalan ujian
·         tempoh masa setiap ujian
·         ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
·         soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
·         bincang dengan guru mata pelajaran lain
·         murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
·         biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan


Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
1.  sediakan persekitaran selesa
2.  benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
3.  murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
4.  mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
5.  pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid



0 comments:

Post a Comment