JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik
- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.


ii) Kaunseling kerjaya
- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. 


Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
 

Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.


-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.


-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi
- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

0 comments:

Post a Comment