Jenis-jenis Masalah Disiplin
Kebanyakan individu hanya berfikir bahawa masalah disiplin ialah terhad kepada pihak sekolah sahaja. Sebenarnya, masalah disiplin berhubung kait dengan alam sekeliling kita seperti di rumah, hubungan antara guru dan pelajar, perasaan ketika pencapaian kurikulum atau kokurikulum, peraturan yang terlampau ketat atau penindasan dan sebagainya.

Dalam mengelaskan jenis-jenis masalah disiplin, terdapat pelbagai bentuk masalah disiplin yang dianggap menyalahi peraturan-peraturan sekolah. Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis maslah disiplin yang berlaku di sekolah.

1.1  Jenayah

Jenayah boleh dikelaskan sebagai mencuri, menumbuk guru, bergaduh sesama pelajar, berjudi, mencuri kertas soalan ujian, melawan pengawas, membawa bahan lucah, memeras ugut, memasuki kumpulan haram, menceroboh blok khas, mengadakan tunjuk perasaan dan lain-lain.

1.2  Kekemasan diri

Pelanggaran disiplin yangmembabitkan  kekemasan diri ialah berambut panjang, tidak memaikai lencana sekolah, memakai selipar/sepatu dan stokin berwarna-warni, dan tidak memasang butang baju.

1.3  Kepentingan masa

Meliputi perkara seperti datang lambat ke sekolah atau perhimpunan, berdiri di luar kels dan berkumpul di pintu setelah tamat sesuatu subjek, berfoya-foya di kawasan sekolah, makan di kanti bukan waktu rehat, dan meninggalkan asrama tanpa izin.

1.4  Kurang sopan dan biadap

Meliputi aspek menghisap dan menyimpan rokok, berkelakuan kasar dan kurang sopan terhadap guru, mengganggu pelajar perempuan, menindas atau menyakat pelajar lain, dan berbasikal di kawasan sekolah.

1.5  Laku musnah

Pelanggaran disiplin ini termasuklah merosakkan harta benda kerajaan/sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan dahan pokok, mengotorkan kawasan sekolah, menyalahgunakan barang-barang asrama, dan mengoyakkan baju kawan.
1.6  Penipuan

Pelanggaran disiplin dalam aspek ini melibatkan tindakan mengetepikan ujian dan peperiksaan, ponteng, tiada dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar, memalsukan surat cuti, menipu tandatangan, mengubah markah peperiksaan/ujian, tidak menjalankan tugas dan lain-lain lagi.

0 comments:

Post a Comment